Lepas 7 Tahun Menunggu, PlayStation 5 Akhirnya Akan Dilancarkan Pada…

Berita baik buat ‘gamers’ di luar sana, perrmainan konsol PlayStation 5 (PS5) dilaporkan telah sedia untuk dilancarkan seawal tahun hadapan.

Selepas 7 tahun kekal bersama model PlayStation 4, Sony akhirnya bersedia untuk memberi sesuatu yang baru buat ‘kaki game’.

Difahamkan, PS5 akan hadir dengan fungsi mengagumkan termasuklah ruang storan sebesar 2TB yang membolehkan permainan baru dimainkan dengan resolusi setinggi 8K.

Bagi fungsi dalaman pula, PS5 dikuasakan dengan AMD Ryzen 8 teras serta storan SSD bagi pengalaman bermain pantas.

Antara senarai game yang telah bersedia untuk PS5 ini adalah PUBG 4K, GTA VI, Gran Tourismo, Battlefield Bad Company serta The Last of US Part II.

Dijangkakan PS5 akan dijual pada harga USD500 (RM2057.65).

Untuk makluman PlayStation 4 dikeluarkan oleh Sony pada 20 Februari, 2013.

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*