“Sangat Murni Niat Pengguna IG Ni…,”- Respon Anzalna Bila Ada Individu Cipta Akaun Instagram Anaknya

Please follow and like us:
0

Pelakon Anzalna Nasir menegaskan ada akaun Instagram anaknya, Mohamad Eidrees yang wujud adalah palsu.

Malah, penubuhan Instgaram itu juga tanpa pengetahuan bintang cantik berkenaan.

“Sangat murni niat pengguna ig ni tapi ini bukan Eidrees punya ig. Nanti bila mummy senang mummy buatkan.

“Sekarang, saya sengaja buat mummy busy so dia boleh focus kat saya. Yang ikhlas, Mohamad Eidrees bambam,” tulisnya.

Menerusi gambar yang dimuat naik Anzalna, sehingga kini akaun tersebut sudah mencecah 2,266 pengikut dan memiliki tujuh keping foto.

Bagaimanapun, netizen menyifatkan tindakan Anzalna bersikap matang kerana berfikiran positif dan tidak mudah melenting apabila berlaku situasi tersebut.

Untuk rekod, Anzalna dan suami, Hanif Zaki berkahwin pada Februari 2016 dan dikurniakan seorang anak lelaki, Mohamad Eidress, pada 31 Mei lalu.

Foto : Instagram Anzalna Nasir

Sumber: MH

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: BOBO Dimana, BOBO BOBO Dimana!