Bini Shaheizy Sam Dikecam Teruk Netizen Kerana “Kutey Buah Anggur”.

Please follow and like us:
0

Sudah menjadi perkara biasa semua orang sibuk nakberkongsi gambar raya mereka di media sosial tapi lain pula ceritanya dengan bininya si Shaheizy Sam ni kerana berkongsi gambar raya dia bersama adik-beradik tapi dengan caption yang betul-betul mengundang kecaman. Rasanya kalau post tersebut tak letak caption macam tu, netizen tak lah meroyan. Macam la tak kenal perangai netizen ni kalau sehari tak kecam, tak senang hidup dibuatnya. Haha!

Caption yang ditulis berbunyi;

“Wei @syifamelvin hang seronok ka org duk kutey buah anggur hang?hmm budak2 lani🤦🏼‍♀️”

Caption tersebut ditujukan kepada adiknya sendiri ala-ala macam berborak dan bergurau berdua kat dapur rumah. Bergurau adik-beradik. Tapi masalahnya kat sini bila ianya disaksikan oleh jutaan umat manusia lain termasuklah yang lelaki pun.

Rata-rata followers si Syatilla Melvin ni menganggap ianya kelakar ya amat sampai ketawa terguling-guling tapi lain pula ceritanya dengan netizen di Facebook dan Twitter yang menyifatkan posting di Instagram tersebut agak melampau, tidak manis dibaca, dan tiada langsung rasa malu sekaligus tidak mencerminkan keperibadian dan penampilan seorang muslimah bertudung.

Posting tersebut setakat artikel ini ditulis telah menerima lebih dari 100,000 likes. Ada yang menjangkakan si Syatilla Melvin akan padam gambar tersebut tapi ternyata selepas 22 jam gambar dan caption tersebut dikongsikan, ianya masih ada dan Ohmedia rasa akan kekal selamanya tu sampai abang Jamil mampusss….

Hmmmm, bagi Ohmedia kalau gambar tu awak letak kat Instagram tanpa perlu caption macam tu, pun dah ok kot apalagi followers dah berjuta orang kenalah jaga apa yang nak diupload dan juga caption apa yang nak ditulis. Memang ya terkadang kita post sesuatu tanpa niat yang tak baik atau sekadar nak melawak sahaja tapi kenalah ingat selalu dalam berjuta pengikut tu bukan semua sama kepala gila dengan kita.

Kami embed post Instagram asli di atas ini. Selagi ianya tidak dipadam, selagi itulah akan ada kat atas ni.

Itulah tanggungjawab yang patut kita galas kat bahu bila memiliki pengikut yang ramai apalagi dikenali sebagai seorang selebriti. Lagipun dah besar panjang takkan tu pun tak boleh nak fikir ye tak? Susah lah semua benda nak kena ajar. Hmmmm.

TAPI SAMPAI SEKARANG MIMIN TAK FAHAM APA YANG DIMAKSUDKAN DENGAN BUAH ANGGUR TU. MIMIN KAN NAIF ORANGNYA 😛

Sumber: OHMedia

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: BOBO Dimana, BOBO BOBO Dimana!