“Sumandak Sabah Pandai Angkat Padi,” – Kagum Lihat Kudrat Isteri Afiq Muiz, Pachara Apin Angkat Guni Padi!

Please follow and like us:
0

Beberapa jam yang lalu, pelakon dan model Pachara Apin atau nama muslimnya, Nur Aaira Mahdeya ada berkongsi beberapa keping foto dirinya sedang mengisi beras padi yang sudah dijemur ke dalam beberapa karung guni yang tersedia.

Lebih kagum, foto-foto yang dikongsikan itu turut memperlihatkan isteri kepada pelakon Afiq Muiz itu turut mengangkat karung guni berisi beras untuk diletakkan ke dalam stor penyimpanan.

“Sumandak Sabah pandai angkat padi,” tulisnya ringkas. Lalu perkongsian tersebut turut mendapat perhatian netizen yang rata-ratanya memuji tindakan yang dilakukan bintang itu.

Terdahulu, namanya secara tiba-tiba mendapat perhatian apabila Afiq Muiz menerusi media sosial telah memaklumkan telah mengahwinan wanita berkenaan dalam sebuah majlis kecil serta tertutup yang hanya dihadiri keluarga terdekat.

Fot: Instagram Pachara Apin

Sumber: MH

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: BOBO Dimana, BOBO BOBO Dimana!