Pengasas Dnars, Faziani Rohban Ahmad, M E N I N G G A L dunia!

Please follow and like us:
0

Pengasas produk kosmetik Dnars, Faziani Rohban Ahmad, 41, yang berasal dari Kota Bharu, Kelantan, dilaporkan meninggal dunia hari ini.

Perkara itu dimaklumkan oleh anaknya, Iqbar Hakim, menerusi akaun Instagramnya sebentar tadi dan beliau kini dalam perjalanan pulang ke kampung.

“Assalamualaikum semua, saya ada berita kurang gembira. Saya baru saja kehilangan bonda kesayangan saya, disebabkan kemalangan.

“Sekarang saya dalam perjalanan pulang ke kampung. Kepada semua kalau boleh, sedekahkan Al-Fatihah kepada mummy saya, Faziani Rohban Ahmad, semoga ditempatkan di kalangan orang-orang yang beriman,” katanya.

Iqbal juga berkata, dia mewakili arwah ibunya meminta ampun sekiranya ada tersalah tersilap dan boleh tuntut hutang jika ada.

“Ujian berat untuk saya. Saya tak kuat, tapi saya perlu untuk adik-adik saya tujuh orang,” katanya.

Sumber: TheReporter

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: BOBO Dimana, BOBO BOBO Dimana!