“Kerana ‘Tidak Mungkin Kerna Sayang’ Saya K O R B A N K A N …..” – Alyah Akui 10 Tahun Tidak Banyak Waktu Bersama Keluarga

Please follow and like us:
0

Penyanyi Datin Alyah mendedahkan dia tidak pernah mempunyai banyak masa untuk bersama keluarga sejak 10 tahun yang lalu.

Menurut Alyah, sebelum ini dia banyak menghabiskan masa untuk mempromosikan single ‘Tidak Mungkin Kerna Sayang’.

“Tahun ini boleh dikatakan tahun yang betuah sebab banyak waktu saya dapat habiskan dengan suami dan emak serta keluarga.

“Sebelum ini hampir 10 tahun saya tak banyak waktu yang panjang dengan keluarga dan suami.

“Semuanya kerana single Tidak Mungkin Kerna Sayang, saya korbankan banyak waktu, jadi tahun ini paling seronok saya dapat balik tengok mak saya dan berbuka puasa dengan dia.

“Tahun lepas saya cuma ada satu hari sahaja untuk buka puasa bersama suami jadi tahun ini saya dapat luangkan waktu dengan bersama-sama,” katanya kepada HLive.

Alyah dan suaminya, maestro muzik terkenal Datuk Ramli MS atau lebih popular disapa Tok Ram berkahwin pada 18 Mac 2013 di Indonesia secara rahsia.

Untuk berita hiburan yang padat dengan informasi, jangan lupa saksikan HLive! yang bersiaran pada setiap Isnin hingga Sabtu pada jam 8.30 malam di Astro Ria (104) dan Astro Ria HD (123).

Sumber: Gempak

“Saya Tak Pernah Suka Dia Walau Seinci Pun, Tapi …” – Alyah Buka Cerita Tentang Tok Ram

Penyanyi Datin Alyah mendedahkan dia tidak pernah mencipta impian untuk hidup bersama maestro muzik terkenal Datuk Ramli MS atau lebih popular disapa Tok Ram.

Setiap inci dalam diri Ramli kata Alyah tidak pernah disukainya malah pelantun lagu Kisah Hati itu pun pelik bagaimana mereka boleh bersama.

“Saya tak pernah ada impian dan keinginan langsung untuk menyukainya malah saya tak pernah terfikir pun.

“Tetapi Allah aturkan saya berjumpa dia semula selepas kali pertama bertemu ketika saya menjadi penyanyi ganti di sebuah kelab dan akhrinya dia menjadi suami saya.

“Saya memang tak menggemari setiap inci pun Tok Ram, sampai hari ini pun pelik.

“Tetapi saya percaya Allah ada perancangan terbaik yang saya tak tahu, saya go with the flow,” kata Alyah ketika temu bual bersama DJ Nazz dalam segmen BegituBegini Gegar.

Alyah tidak menolak perbezaan usia 20 tahun juga membuatkan dia bercanggah pandangan dengan Tok Ram dan menyifatkan ia sebagai pasang surut kehidupan berumah tangga.

Biarpun begitu, tambah Alyah, suaminya memiliki kualiti yang menambat hatinya untuk bersama.

“Istimewanya Tok Ram apabila dia boleh melayan budak kecil walau anak saudara saya,” ujar Alyah.

Alyah dan Ramli berkahwin pada 18 Mac 2013 di Indonesia secara rahsia.

Sumber: Gempak

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: BOBO Dimana, BOBO BOBO Dimana!