“Kak Long Tenang Hadapi Dugaan Ni Mungkin Sebab…” – Didi Astillah Doakan Bella Kuat

Please follow and like us:
0

Penyanyi Didi Astillah mendoakan agar kakaknya, Bella Astillah tabah mengharungi dugaan yang menimpa dirinya.

Didi menerusi entri di akaun Instagram miliknya memberitahu Bella merupakan seorang kakak yang baik dan menjadi contoh untuk adik-beradik yang lain.

“Harini first time pakai tudung labuh hehee tudung dan jubah ni kaklong @bellaastillah yang bagi as a gift.

“Thank you kak long, semoga sentiasa kuat dalam setiap dugaan. Kaklong tenang hadapi dugaan ni mungkin sebab kak long ikhlas dengan setiap benda kaklong lakukan.

“Terima kasih jadi contoh yang baik untuk adik-adik kak long… Dan setiap wanita yang lalui perkara sama di luar sana… Insya-Allah adik LOVE YOU kak long,” tulisnya.

Dalam pada itu menerusi ruangan komen, rata-rata pengikutnya juga turut mendoakan Bella.

“Kekuatan seseorang adalah suporting dari family,” komen @farah_waniey87

“Untuk @bellaastillah, semoga awak kuat menghadapi masa-masa yang akan datang… Kita senasib Bella. Kak pun baru je lepas berpisah 14/5 selasa lepas… Moga apa yang terjadi ni ada hikmah di sebaliknya. Insya-Allah amin,” tulis @eyza_hamiezah

Terdahulu, Bella Astillah dan Aliff Aziz sah bercerai talak satu di Mahkamah Rendah Syariah Wilayah Persekutuan, Kuala Lumpur, semalam.

BACA: “Maafkan Aliff Cuma Saya Rasa Keputusan Berpisah Jalan Terbaik” – Bella Astillah, Aliff Aziz Sah Bercerai

Rumah tangga pasangan ini mengalami masalah apabila satu persatu kecurangan Aliff didedahkan.

Belum reda kisah Aliff curang bersama seorang gadis dikenali sebagai Nismel, tular pula di Internet gambar penyanyi Singapura itu bercium dengan seorang wanita lain pula, hari ini.

Gambar terbabit memaparkan Aliff dan wanita yang juga model itu memakai baju sedondon berwarna merah dalam aksi cukup mesra yang dipercayai diambil di sebuah pusat hiburan.

Foto: Instagram @didiastillah

Sumber: Gempak

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: BOBO Dimana, BOBO BOBO Dimana!