“Aduhai. Nak jujur ke tak bagitahu ni” – Nyanyi Lagu ‘Iman Adalah Mutiara’, Netizen C O M P L A I N Suara Fattah Amin S E N G A U!!

Please follow and like us:
0

Kalau sebelum ni, lagu Sesungguhnya 2019 nyanyian semula  Alif Satar viral kerana ramai yang merindui lagu-lagu ketuhanan dari kumpulan nasyid Raihan. Kini, Fattah Amin pula mencuba nasib untuk cover lagu ‘Iman Adalah Mutiara’ bersama Mel Ramlan. 

Lagu yang dimuat naik di Instagram rasmi Fattah Amin ini mendapat 12,000 views dan hampir 500+ komen. Nah korang dengarlah sendiri nyanyian suami Fazura ni. Sedap ke idok? 

“Soriii tapi sengauuu. Truth hurts but that’s the reality” 

Rata-rata yang menonton video berdurasi 1 minit ini memberi pelbagai jenis komen sama ada positif mahupun negatif. Tapi yang banyak admin nampak macam komen negatif je. Siap ada yang beritahu suara Fattah kedengaran sedikit sengau dan kepit. Erk! 

Sumber: Instagram

“Tak suka tak payah kutuk. Dia minat nyanyi, dia ikhlas nyanyi lagu ketuhanan. Kita banyak-banyaklah bersangka baik” 

Disebabkan terlalu banyak komen negatif, fans Fattah Amin kemudian meminta netizen berhenti melemparkan pelbagai kata-kata buruk kepada artis kesayangan mereka ni.

Menurut fans Fattah, di bulan yang mulia ni, lebih baik kita bersangka baik dan cakap yang baik-baik. Lagipun dia nyanyi lagu ketuhanan kan? Bukan lagu tak berfaedah.

Sumber: Instagram

Apa pendapat korang mengenai nyanyian Fattah Amin? Sedap ke? Atau suam-suam kuku je? Kongsi di komen! 

Sumber: LobakMerah

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: BOBO Dimana, BOBO BOBO Dimana!