(Video) Budak perempuan keluar seorang diri nyaris di-L A N G G A R lori, bapanya tidur di rumah

Please follow and like us:
0

Viral di media sosial video seorang kanak-kanak yang dilihat berjalan seorang diri di tepi jalan raya utama dan nyaris dilanggar kenderaan berat, mengundang pelbagai reaksi netizen.

Namun, kanak-kanak perempuan itu bernasib baik dan sempat diselamatkan oleh penunggang motosikal berkuasa tinggi yang menyedari kehadirannya, dalam kejadian yang berlaku di Puncak Alam, Fasa Dua.

Difahamkan, kanak-kanak berusia 5-6 tahun itu yang masih memakai seragam tadika, keluar mencari ibunya yang bekerja.

Bila ditanya di mana bapanya, kanak-kanak itu memaklumkan bapanya tidur di rumah.

Lelaki itu kemudian membawa kanak-kanak itu bertemu dengan beberapa penduduk berhampiran dan bertanya jika mereka mengenali kanak-kanak itu. Namun mereka tidak mengenalinya, tetapi mengakui ada ternampak kanak-kanak itu berjalan seorang diri di tepi jalan.

Setelah bersoal jawab dengan beberapa individu terbabit, dia membawa kanak-kanak itu pulang ke rumahnya berpandukan arah yang ditunjukkan oleh kanak-kanak itu.

Setibanya di rumah, beberapa pekerja yang sedang melakukan kerja-kerja suai di rumah itu mengakui Anita adalah anak kepada tuan rumah tersebut, yang sedang tidur di bilik tingkat atas.

Apabila bapanya keluar, lelaki itu menceritakan semula apa yang berlaku di mana anaknya hampir dilanggar lori.

“Bapak dia boleh tidur. Haih.. sabar je lah. Saya daripada atas melintas ke sini (selamatkan anak dia).

“Yang lain pun saya nak nasihat sikit. Kalau nak tidur tu, tolong kunci pintu pagar. Tolonglah ambil perhatian benda-benda begini bahaya. Jagalah anak elok-elok,” katanya yang sudah lewat pergi ke tempat kerja.

Sumber: Sultan Melaka via TheReporter

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: BOBO Dimana, BOBO BOBO Dimana!