George Clooney bangga tindakan B O I K OT-nya berjaya tundukkan Brunei tangguh H U K U M A N-H U D U D untuk L G B T, beri amaran kepada Malaysia, Indonesia!

Please follow and like us:
0

Pelakon George Clooney ketika dalam temuramahnya dalam program Ellen mendakwa, tindakannya memboikot hotel milik Sultan Brunei berhasil apabila negara itu menangguhkan hukuman hudud untuk kesalahan hubungan sejenis.

Dalam pada itu juga, George memberi amaran kepada Malaysia dan juga Indonesia yang dikatanya sedang mempertimbangkan undang-undang tersebut.

“Untuk orang-orang kaya, boikot perniagaan mungkin tidak ada kesan tetapi akan memberi kesan kepada orang lain yang berurusan dengan mereka. Itulah caranya,” kata pelakon Batman sendu nak mati itu.

Sebelum ini, Sultan Brunei, Sultan Hassanal Bolkiah melanjutkan moratorium ke atas hukuman mati untuk undang-undang melarang seks sejenis ekoran kritikan global.

Sementara itu, Timbalan Menteri Luar, Datuk Marzuki Yahya, semalam membidas amaran angkuh George itu.

“Malaysia adalah sebuah negara majoriti orang Islam dan masyarakat di sini tidak menerima gaya hidup LGBT.

“Walaupun Malaysia tidak mempunyai undang-undang terhadap gay, hubungan seks luar tabii adalah suatu jenayah termasuk liwat.

“Kita kena berpegang kepada prinsip kita sebagai negara Islam yang berdaulat. Perkara-perkara yang melanggar agama mesti kita tolak,” katanya.

#boikotgeorgeclooney #boikotellenshow

Sumber: TheReporter

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: BOBO Dimana, BOBO BOBO Dimana!