“Bosanlah marketing S A M P A H macam ni!” – Di T I P U Pelanggan Cancel Order 400 Unit Skirt, Netizen Dakwa Penjual Ni Hanya Gimik?

Please follow and like us:
0

Perniagaan ni macam roda kehidupan jugalah. Kejap kita di atas dan kejap pulak kita di bawah. Kadang-kadang kita untung besar, tapi kadang-kadang kita kerugian dek kerana ditipu ataupun dianiaya.

Menerusi perkongsian di Instagram, seorang pemilik butik pakaian bernama Narchesa telah menceritakan pengalamannya telah ditipu oleh seorang pembeli yang telah cancel order sebanyak 400 unit skirt darinya. Mak oii banyaknya! 

Demi mencari keadilan, ini apa yang diceritakannya…

“Macam ni ke Melayu nak berniaga? Kalau macam tu I nak cancel lah…” 

Menurut Narchesa, seorang customer telah menghubunginya tak lama dulu untuk menempah 400 unit skirt untuk dijual ke kedai-kedainya sekitar Malaysia. Tempoh yang diberikan customer tu bagi Narchesa sangatlah singkat, tak sampai sebulan pun. 400 unit tu bukan nilai sikit ye kawan-kawan. 

Tup-tup bila order semua dah siap, customer tu bagitahu dia nak cancel ordergara-gara Narchesa lambat menyiapkan skirt yang telah dipesannya. Sudahlah deposit hanya RM1,000, rugi besarlah peniaga ni kan?

Nah korang baca sendiri perbualan Narchesa dan ‘Puan Syu’ yang cancel order tu.

Sumber: Instagram

“Dia di Hospital melahirkan anak. Sekarang dia terpaksa tanggung hutang gaji staf dengan tanggung kos baby lagi pada waktu yang sama dalam pantang…” 

Perkongsian Narchesa ini jelas mendapat simpati rakan dan netizen lain yang kasihan dengan nasibnya ditipu. Ramai yang berkongsi kisah ini di media sosial, malah Narchesa sendiri beritahu yang dia dah lama pendam kisah ni dan menyesal dengan keputusan yang diambilnya tu.

Sumber: Facebook

Sumber: Instagram

“Marketing… Guna cerita sedih tagih simpati. Lagi-lagi orang Malaysia baik hati…” 

Well admin rasa korang sendiri pun dah tahu kan? Kalau kisah ini dah sampai ke tangan netizen Facebook, pasti ada ramai pakar kat sana yang nak analisis kesahihan cerita dan membawang beramai-ramai.

Nampaknya ramai di kalangan netizen tak berapa percaya dengan kisah Narchesa ni. Ada yang tuduh ia sekadar marketing strategy yang digunanya untuk tarik perhatian pembeli. Siap buat analisis kronologi bagai! Adoi!

Sumber: Facebook

Bagi admin mudah je. Kalau korang berduit dan rasa nak tolong, belilah skirt tu darinya. Tak salah pun kan. Sebab skirt dia memang nampak lawa dan value for money. Tapi kalau korang rasa ni sekadar marketing, jangan pening kepala. Tak payahlah tambah dosa dengan mengutuknya. 

Sumber: Gempak

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: BOBO Dimana, BOBO BOBO Dimana!