Netizen Tanya Best Ke Jadi Anak Orang Kaya? Ini Jawapan Padu Cik B… Makan Dalam!

Please follow and like us:
0

Anak kepada usahawan kosmetik Datuk Seri Vida, Cik B atau nama sebenarnya, Nur Edlynn Zamilleen, 14, turut mempunyai peminatnya tersendiri.

Sering melayan peminat di laman sosial, Cik B sering melakukan sesi ‘live’ di laman Instagram.

Terbaru, sedutan video Cik B menjawab soalan netizen di Instagram menerusi ruangan soalan ‘ask me a question’ tular di laman sosial.

“Cik B, best tak kalau jadi anak orang kaya? I tak pernah rasa, should i be jealous?” tanya seorang netizen.

Menjawab soalan terbabit, Cik B memberikan jawapan yang sangat matang!

“Miskin kaya rezeki masing-masing. Kalau tak di dunia, mungkin di akhirat. Kalau kita anak orang kaya tapi keluarga tak bahagia, baik kita miskin tapi keluarga bahagia,” kata Cik B.

Akaun Instagram miliknya, @cikb_havoc66 mengumpul 315,000 pengikut dan Cik B sering melayan peminatnya di laman sosial.

Sumber: Gempak

“Cik B Selalu Study Bila…..” – Rahsia Belajar Cik B Buat Netizen Terhibur

Anak usahawan kosmetik Datuk Seri Vida, Cik B membuatkan netizen terhibur apabila berkongsi tipnya mengulang kaji pelajaran.

Menerusi akaun Instagramnya, @cikb_havoc66, Cik B atau nama sebenarnya, Nur Edlynn Zamilleen, 14 tahun, bertanyakan soalan ‘ask me a question’ kepada pengikutnya.

Seorang pengikut kemudian bertanya, “Cik B selalu study waktu bila?”

Dengan jawapan penuh selamba, Cik B menjawab “waktu Cik B tergerak hati nak study.”

Rata-rata netizen terhibur dengan jawapan santai Cik B sehingga ada yang menjadikannya idola.

Netizen berkongsi jawapan Cik B di Twitter dah sehingga kini telah mendapat hampir 35,000 retweet.

Cik B dan adiknya, Kacak bersama Datuk Seri Vida sendiri sering mendapat perhatian netizen kerana aksi dan gelagat mereka.

Sumber: Gempak

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: BOBO Dimana, BOBO BOBO Dimana!