Selepas Empat Tahun, M A H K A M A H Beri Hak Penjagaan Kekal Anak M A N G S A Kema|angan Myvi DUKE Pada Ibu Saudara!

Please follow and like us:
0

Jika anda masih ingat, tiga tahun lepas, agak kecoh di Internet apabila Datin Yusnidah Hussain, 51, mengadakan sidang akhbar. Yusnidah, kakak kepada sepasang suami isteri yang terbunuh dalam kemalangan di lebuhraya Duke pada Februari 2015 memberitahu melalui satu sidang media bahawa adik bongsunya, Muhammad Faizznur Asyraf Husain, 29, yang menguar-uarkan akan menjaga anak-anak perempuan mangsa seramai dua orang telah melakukan pecah amanah dan tidak pernah menjaga kanak-kanak itu.

Berita itu menimbulkan kemarahan Netizen yang telah ‘menyerang’ Facebook Faizznur dengan ratusan komen memintanya memulangkan wang milik anak-anak yatim itu yang dahulunya didermakan orang ramai kepada mereka melalui akaun Facebook miliknya. Yusnida berkata yang Faizznur mendakwa wang derma orang ramai sebanyak lebih RM 300,000 itu miliknya kerana ia dimasukkan ke dalam akaun bank miliknya setelah merujuk kepada Mufti Wilayah Persekutuan. Mufti bagaimanapun menafikan pernah memberitahu Faizznur sebegitu.

Sumber: Metro

Pada Oktober 2016, Mahkamah Tinggi Syariah Kuala Lumpur melarang Faizznur dan abangnya, Hamlizar Husain 47, menjalankan sebarang transaksi terhadap akaun-akaun Maybank milik mereka yang digunakan untuk mengutip derma buat anak yatim berkenaan sehingga kes induk berkaitan nafkah diputuskan mahkamah.

Mahkamah juga mengarahkan pihak pengurusan Maybank memberi kerjasama sewajarnya untuk membekalkan dokumentasi berhubung transaksi sumbangan orang ramai ke dalam akaun itu.

Semalam, selepas empat tahun ibu bapa mereka meninggal dunia, Mahkamah Syariah Kuala Lumpur menetapkan bahawa hak penjagaan Nur Firuza Amira, 11, dan Nur Firuza Aqila, 9, diberikan kepada Yusnidah selaku ibu saudara mereka dan kakak kepada ibu bapa mereka.

Hakim Syarie Zaim Md Yudin membuat keputusan itu selepas mendengar keterangan saksi bagi pihak Yusnidah, selaku plaintif dan defendan iaitu Wirda Syamsuddin, 56, serta keterangan dari dua beradik itu sendiri.

Hakim tersebut turut memutuskan hak lawatan diberi kepada nenek mereka, Wirda, yang tinggal di Teluk Intan, Perak, iaitu setiap cuti sekolah dibahagikan kepada dua iaitu separuh pertama kepada pihak plaintif manakala bakinya diberikan kepada defendan.

Faizznur Asyraf, yang dikecam Netizen kerana gagal menunjukkan ke mana wang derma yang disumbangkan orang ramai untuk Amira dan Aqilah dibelanjakan, serta menayangkan perbelanjaan perkahwinannya yang mewah di media sosial pada 2016, tidak dapat dikesan di sebarang akaun media sosial. Satu laman mendakwa laman rasmi Faizznur Asyraf ialah laman palsu.

Memandangkan hak penjagaan kekal sudah diputuskan, Netizen menjangkakan akaun bank Faizznur Asyraf dan Hamlizar akan dinyahbekukan dan wang derma yang diberikan untuk mereka akan dapat diambil semula.

Sumber – amazingnara.com via FrontDesk MY

Netizen Persoal Isteri Adik Mangsa Kemalangan DUKE Bergaya Dengan Beg Tangan RM 16,000

Kronologi Perkembangan Faizznur Seperti Yang Diperkatakan Netizen

1. Faizznur (FN) melibatkan diri dalam perniagaan pemasaran berbilang tingkat (MLM) Phytoscience, perniagaan jual produk merapu (stem cell), sudah bertunang, muka comel, badan kurus.

 photo 17.jpg

2. 2 Mei 2015, kemalangan DUKE (al-Fatihah buat arwah ibubapa dan adik Amira dan Aqila). Tunangnya, Nur Amira Syuhaida (ketika itu 22 tahun) mendakwa sanggup menjadi ‘ibu segera’ dan berhenti kerja bagi menjaga anak-anak itu. Namun kakak FN, Yusnida mendakwa pasangan itu tidak pernah menjaga Amira dan Aqila.

 photo Screen Shot 2016-10-20 at 9.38.45 AM.png
 photo Screen Shot 2016-10-20 at 10.07.01 AM.png
 photo Screen Shot 2016-10-20 at 10.07.10 AM.png
 photo Myvi-langgar-pajero.jpg
 photo Screen Shot 2016-10-20 at 10.12.25 AM.png

3. 24 Mei 2015, 22 hari selepas kematian Fairuz, FN telah membeli jam tangan Tissot (harga paling kurang RM 2,000) untuk hantaran perkahwinan, mendakwa ia dibayar oleh tunangnya. 14 June 2015, FN melangsungkan perkahwinan. Gedegang, siap ada foto pra-perkahwinan dan khemah glow-in-the-dark.

 photo 14612375_1244458242282594_8097762686149364948_o.jpg
 photo 1.jpg
 photo 2.jpg
 photo 19.jpg

4. Setelah dibuat laporan polis, kakak arwah telah diberi RM12,000, yakni pada 22 June 2015

 photo 8.jpg
5. Majlis resepsi FN di Batu Muda pada 10 Oktober 2015. Menurut Faizz Nur dalam satu perbualan Facebook dengan isterinya, mereka membuat persiapan perkahwinan itu hanya dalam masa tiga minggu!
 photo 9.jpg
 photo 21.jpg
 photo 13.jpg

6. FN memulakan perniagaan kafe (diberi nama Panca Sitara Cafe yang terletak di Batu Muda), sekitar hujung tahun 2015

 photo 3.jpg
 photo 4.jpg
 photo 5.jpg

7. Isteri FN bunting pelamin, selamat melahirkan zuriat sulung pada 18 March 2016 

 photo 20.jpg
8. Melangsungkan majlis akikah (perhiasan agak mewah) pada 23 April 2016.
 photo 8 copy.jpg

9. FN sudah mula tampak badan berisi dan kelihatan sedikit sado (beli keahlian gimnasium?)

 photo 7.jpg

10. Isteri FN memiliki beg tangan jenama Celine (macro) yang berharga RM11,000-RM 16,000

12
16
15

11. Kakak arwah membuat sidang akhbar pada 18 Oktober 2016, menuntut hak (duit sumbangan orang ramai)

 photo 18.jpg
Aduan mengenai sikap Faizznur yang ‘membolot’ harta waris kemalangan di lebuhraya DUKE itu pernah disuarakan seseorang bernama Naem Roslan di Facebook pada Julai 2015.

 photo 14.jpg
Melalui pemerhatian penulis, Faizznur kini sudah memadam dan menyekat komen serta pengguna Facebook yang meninggalkan komen di akaun miliknya.Bagaimanapun, ini semua ialah tanggapan Netizen. Boleh jadi, Faizznur  dan isteri telah membeli dan membayar untuk harga barangan dan perkhidmatan itu menggunakan wang sendiri. Apa pendapat anda?- amazingnara.com

Sumber: Alistair Fletcher, AmazingNara, Faizznur, MyNewsHub

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: BOBO Dimana, BOBO BOBO Dimana!