“Semua staff hospital ni memang patut kena S A M A N” – Berderau Jantung Tengok Bayi ‘Newborn’ Jatuh Terhempas!

Please follow and like us:
0

Biarpun kita ni bukanlah orang pakar, tapi sudah semestinya kita tahu bahawa bayi yang baru lahir ini sepatutnya dijaga rapi. Kulit yang masih ‘mentah’ bahkan tulang yang sangat lembut.

Sedangkan bayi yang berumur 6 bulan terhantuk dinding pun kita dah risau, apatah lagi kalau yang baru lahir ni terjadtuh dari dokongan kita.

Diaorang semua ni patut kena saman!”

 

Kejadian ini berlaku di luar negara, difahamkan video ini dirakam oleh ayah kepada bayi ini sendiri. Dalam video tersebut bayi yang baru sahaja dilahirkan seminit yang lepas (pada hari yang dilahirkan) itu di didukung oleh beberapa orang staff, akibat kecuaian bayi itu terjatuh di atas permukaan keras.

Admin pun tak sanggup nak tengok. Kejadian ini berlaku pada 14 Februari lepas, ibu kepada bayi tersebut begitu terkilan dengan kecuaian staff. Malah menurut ibunya, dia tidak dimaklumkan oleh pihak hospital berkenaan dengan insiden tersebut.

Kenapa tak tengok? Ya lah masa tu dia tengah nak lahirkan lagi seorang anak, memang tak dapat nak fokus sekeliling dan pada masa ni husband dia rakam sambil tengok isterinya yang sedang meneran. Oh Ya, ibunya lahirkan anak kembar tau.

Alami pendarahan di bahagian kiri otak

Bayi itu dikatakan mengalami pendarahan di bahagian kiri otak tapi tidak pasti apa puncanya, bayi itu di tahan di NICU selama 12 hari kononnya bayi itu terlalu kurus. Tapi bab pendarahan otak tu pihak hospital dakwa tak dikenalpasti lagi.

Bagaimanapun, sampai sekarang hal ini tidak dimaklumkan, pihak hospital seolah-olah mahu merahsiakannya .Padahal dah ada orang rakam.

Sudah semestinya ia telah mengundang kemarahan netizen. Admin sendiri jadi sedih dan geram bila tengok.

Netizen marah

Aduhai takutnya tengok, harap perkara ni tidak terjadi lah pada diri kita, dan harap pihak hospital dapat gunakan kepakaran mereka agar lebih berhati-hati disebalik waktu cemas atau nak kejar masa.

Sumber: LobakMerah

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: BOBO Dimana, BOBO BOBO Dimana!