Isu R O T A N Anak Akibat Buka Tudung, Aliff Syukri Dikunjungi Jabatan Kebajikan Masyarakat

Please follow and like us:
0

Usahawan selebriti, Datuk Seri Aliff Syukri mendedahkan dirinya telah dikunjungi oleh wakil Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) rentetan kes merotan anak, Qadejah El Zahra (Cess) yang sedang tular di media sosial.

Pada Selasa lalu, beberapa badan bukan kerajaan (NGO) yang menyifatkan perbuatan itu sebagai penderaan fizikal membuat laporan polis ke atas Aliff kerana merotan Cess yang berusia sembilan tahun dengan alasan kanak-kanak itu membuka tudung.

Laporan itu dibuat oleh Protect and Save The Children (P.S. The Children), ahli Gabungan Hak Kanak-Kanak Malaysia (CRCM) di ibu pejabat polis daerah Petaling Jaya.

Aliff menjelaskan segala isu mengenai kontroversi terbabit usai majlis pelancaran produk AS Legacy dan pertunjukan fesyen Indahnya Raya 2019 anjurannya di Glam Hall, Mercu Mustapha Kamal, Damansara Perdana.

“Pagi tadi, saya dikunjungi oleh JKM, tetapi mereka datang di pejabat saya. Ketika itu, isteri saya sedang sibuk di tempat acara pelancaran ini, manakala saya juga sibuk mengunjungi beberapa stesen televisyen untuk mempromosikan produk.

“Mungkin mereka mahu bertemu kami suami isteri berkenaan dengan isu yang sedang diperkatakan ramai,” kata Aliff.

Ingin menjernihkan keadaan, isteri Aliff, Datin Seri Nur Shahida menceritakan keadaan sebenar.

“Sebenarnya, Cess menangis ketika suami menyapu ubat bukanlah kerana dia sakit, tetapi dia terharu bapanya bertindak begitu.

“Tujuan suami saya hanyalah untuk mengajar anak. Dia juga tidak memaksa Cess untuk memakai tudung, Cess sendiri yang mahu berhijab semenjak 1 Januari lalu.

“Sejujurnya, Cess mengikut perangai Aliff. Kuat bercakap, kuat ‘berdrama’ dan kalau boleh lihat, Cess memang mewarisi sifat Aliff,” seloroh Shahida.

Bagi Aliff pula, dia memohon maaf sekiranya tindakan dia merotan anaknya membuatkan ramai pihak tidak senang.

“Saya dengan rendah diri memohon maaf apabila terlanjur perbuatan merakam dan memuat naik perkara itu di laman sosial.

“Cess satu-satunya anak perempuan saya dan saya menjaganya seperti menatang minyak yang penuh.

“Saya nak menjadi bapa sempurna, bukan nak menunjuk di laman sosial, tetapi saya hanya mahu berkongsi dengan followers saya.

“Saya tak sangka perkara ini boleh melibatkan NGO dan menjadi kecoh seperti sekarang.

“Sekali lagi, saya memohon 10 kali maaf kepada semua pihak, saya faham saya salah dan saya jahil,” katanya lagi.

Sumber: Gempak

“Abah Rotan Sebab Nak Cess Faham Erti …” – Ini Cara Aliff Syukri Didik Anak Perempuan Yang Buka Tudung

Lain orang lain cara. Tetapi bagi usahawan kosmetik tersohor, Datuk Seri Aliff Syukri, dia punyai cara didikan tersendiri buat anak-anaknya.

Kata Aliff, tindakannya merotan anak perempuannya, Qadejah El Zahra, 9, kerana membuka tudung di hadapan lelaki ajnabi adalah bersebab.

“Anak perempuan saya kena jaga yang terbaik.

“Maafkan abah Cess. Abah teramat sayang Cess tapi ni semua untuk masa depan Cess.

“Hari ni abah rotan Cess sebab abah nak ces faham erti maruah seorang perempuan. Qadejah ni ada satu habit kadang-kadang dia buka tudung je depan lelaki yang tak kenal…

“Mungkin dia tak faham sebab dia kecil lagi tapi dari kecil ni saya kena didik la supaya dia tahu batas-batas… Tutup aurat.

“Saya nak anak perempuan saya jadi yang terbaik, pandai agama dan tahu jaga kehormatan diri…

“Harap-harap dia dapat pengajaran dan belajar dari kesilapan,” tulisnya bersama sepotong video sedang merawat bahagian belakang anak perempuannya yang kesakitan.

Dalam video berkenaan, Qadejah menangis teresak-esak dipercayai akibat dirotan bapanya namun Aliff tanpa putus asa memujuk anak perempuannya sambil menyapu ubat.

Tindakan tegas namun menyentuh hati itu mendapat pujian daripada netizen biarpun ada yang turut bersimpati dengan keadaan Qadejah.

Sumber: Gempak

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: BOBO Dimana, BOBO BOBO Dimana!