“Umi Tak Dilahirkan Jadi Manusia Yang Takde Hati & Perasaan ..” – Netizen Suruh Paksa Anak Menyusu, Shakilla Khoriri Hilang Rasa Hormat!

Please follow and like us:
0

Pelakon Shakilla Khoriri menyatakan masih menerima kiriman mesej mengenai menyusukan anaknya, Ameena Sofia walaupun dia telah membuat keputusan untuk berhenti sepenuhnya.

Menurut Shakilla terdapat segelintir netizen yang menyuruh dirinya untuk memaksa anak menyusu badan.

Perkongsian itu dibuat menerusi akaun Instagram (IG) anaknya semalam.

“Oh ramai DM dan email Umi pasal susukan Ameena even Umi dah buat keputusan untuk stop breastfeed Ameena.

“Umi hargai sangat dengan sokongan ibu-ibu dan orang ramai tapi tak kan lah Umi nak tengok Ameena meraung-raung sampai takde suara sebab bila paksa menyusu badan?

“Ada yang cakap..Takpa paksa je asalkan anak menyusu.

“Sorry to say, for those yang berfikiran paksa anak untuk susu badan, Umi hilang respect. Sungguh!

“Adakah seorang ibu sanggup tengok anak menangis sekuatnya semata-mata untuk paksa sesuatu yang anak dia tak nak? Gila ke apa??

“Umi memang takde pengalaman untuk jaga anak kecil, tapi Umi tak dilahirkan jadi manusia yang takde hati dan perasaan.

“Menyusu badan bukanlah wajib. Banyak lagi perkara yang wajib yang ibu-ibu terlupa untuk anak-anak,” tulisnya.

Tambah Shakilla atau nama sebenarnya Nurul Shakilla Mohd Khoriri berkata apa yang telah terjadi bukan salah dirinya mahupun Ameena.

“As long as Ameena sihat, Umi tak risau.

“Ameena dah pernah minum susu Umi sebelum ni. Banyak!

“Bukan salah Ameena atau salah Umi bila sekarang Ameena tolak susu Umi.

“So Umi assumed kita berdua dah settle pasal susu ni.

“So Umi malas layankan mulut-mulut orang yang bijak pandai ni untuk push Umi menyusu Ameena.

“Of course Umi nak terbaik untuk anak Umi tapi bukan cara memaksa anak.

“Bila manusia rasa terlalu banyak pengalaman atau terlalu bijak akan ada satu masa jadi terlalu bodoh untuk fikir sesuatu yang logik,” tulisnya lagi.

Shakilla berkahwin dengan penyampai radio, Fizi Ali pada 18 Februari 2018 dan dikurniakan seorang cahaya mata Ameena Sofia pada 14 Mac lalu.

Sumber: Gempak

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: BOBO Dimana, BOBO BOBO Dimana!