“S A K I T Saraf & Terpaksa Guna Kerusi Roda, Rupanya Dia…” – Tak Tahan Sebak, Azhan Rani M E N A N G I S Jumpa Guru Lama

Please follow and like us:
0

Pelakon, Azhan Rani tidak dapat menahan sebak sebaik sahaja bertemu dengan gurunya lama, Cikgu Norhayati, 58, di Sekolah Rendah Kebangsaan Satu, Kuala Kubu Baru.

Menurut Azhan Rani, gurunya itu kini menghidap penyakit saraf dan terpaksa menggunakan kerusi roda untuk bergerak.

Azhan berkongsi momen sedih itu menerusi kemas kini terbaru di akaun Instagramnya semalam.

Entri tersebut juga disertakan dengan foto yang merakamkan Azhan sedang menangis di pangkuan gurunya yang duduk di atas kerusi roda.

“Hari ini telemovie #sesekali dari @unitdramatvrtm berlokasi di sekolah lama aku. #sekolahrendahkebangsaansatu #kualakububharu.

“Awal tahun 80 dulu aku kat sini dari kelas 1 putih sampai kelas 6 putih di sini. Aku tak ada scene kat sini. Saja datang nak jenguk sekolah lama.

“Rezeki hari ni kebetulan aku jumpa cikgu muzik aku. Aku sendiri tak sangka dia masih mengajar di sini… #cikgunorhayati 58.

“Sekarang dia ada sakit saraf dan terpaksa guna kerusi roda. Rupanya dia memang tunggu aku. Allahuakbar Allah saja tau perasaan aku bila cikgu ni masih tunggu aku.

“Aku bukanlah student favourite dia dulu. Aku malas, aku nakal masa tu, aku pernah kena ketuk dengan recorder sebab aku tak pandai main recorder dulu.

“Tapi hari ni aku nak ucap terima kasih dengan dia kerana dia aku di sini hari ni. Kalau tak kerana teguran dia cabaran dia aku sendiri tak tau aku jadi apa sekarang.

“Walaupun hari ini katanya aku jadi kebanggaan dia dan sekolah ni. Hakikatnya ilmu aku masih tak lengkap. Aku masih lagi si bodoh yang cetek ilmunya.

“Dan aku masih si degil yang tak akan berputus asa dengan jalanku. Cikgu terima kasih atas ilmu dan kasih sayangmu.

“Minggu depan dia nak bersara katanya… Semoga Allah gandakan rahmat atas budi dan jasamu mendidik kami guruku,” tulisnya

Dalam pada itu, menerusi ruangan komen rata-rata peminatnya juga meluahkan rasa sebak melihat momen tersebut selain mendoakan kesihatan Cikgu Norhayati.

“Sayu hati… Semoga diberi kesembuhan pada cikgu… Amin,” tulis @shasha_noura_ryan

“@azhan_rani Aduiiiii abang menitik air mata saya tengok pic nie,” komen @nanialulubella

“Lepas tengok post ni hilang segala rasa benci pada Hamadi tapi kagum sangat dengan saudara Azhan Rani… Hormat pada guru walau dah ada nama besar dalam industri… Semoga terus berjaya dan berjaya,” coret @nurjihan36

Foto: Instagram @azhan_rani

Sumber: Gempak

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: BOBO Dimana, BOBO BOBO Dimana!