“C U C U K Kat Tulang Belakang Kot, Kalau Tak Kena Gaya Mampuih” – Syatilla Kongsi Detik Bersalin

Please follow and like us:
0

Pelakon dan isteri aktor Shaheizy Sam, Syatilla Melvin berkongsi detik bersalin anak keduanya yang selamat dilahirkan pada 17 April lalu.

Syatilla atau lebih mesra dengan panggilan Tilla menceritakan pengalaman tersebut menerusi akaun Instagramnya semalam.

Bukan hanya sekadar kapsyen, Tilla juga turut memuat naik foto yang merakamkan keadaan dirinya 10 minit sebelum bersalin.

“Gambar lebih kurang 10 min sebelum perut aku tenganga. Inilah dua orang doktor kesayangan Dr. Fauziah yang bertanggungjwab belah perut aku bok keluaq anak.

“Yang di belakang tu Dr. Aminah pakar bius yang bius Tilla tanpa rasa sakit apa pun! Cucuk kat tulang belakang kot, kalau tak kena gaya mampuih.

“Dua-dua doktor yang sama masa Tilla beranakkan Syeriv. Yang nurse-nurse tu pulak Tilla nak cakap thank you so much sebab sudi tengok perut dan benda-benda lain yang tak sepatutnya.

“Banyak pahala hampa semua, Insy-Allah amin, jumpa 4 tahun lagi! (Harap Sam baca dan like) benda tak boleh jangka buat apa kita jangka,” tulisnya,

Terdahulu, Shaheizy dan Syatilla berkahwin pada 8 Februari 2016 dan dikurniakan cahaya mata lelaki, Syeriv Samheizy pada 9 Mei 2017.

Foto: Instagram @samtilla

Sumber: Gempak

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: BOBO Dimana, BOBO BOBO Dimana!