“Sihat Gebu Anak Perempuan Aku” – Syatilla Melvin Selamat Bersalin

Please follow and like us:
0

Pelakon dan isteri aktor Shaheizy Sam, Syatilla Melvin selamat menimang cahaya mata keduanya.

Berita gembira itu diumumkan Syatilla menerusi akaun Instagramnya sebentar tadi.

Menurut Syatilla atau lebih mesra dengan panggilan Tilla, anak keduanya itu berada dalam keadaan sihat.

“Alhamdulillah baby girl kami dah keluaq, sihat gebu anak perempuan aku.

“Tadi sempat la buat tutorial makeup dalam ot room.

“Thank you sayang ku Sezzy seng sentiasa di sisi,” tulisnya.

Dalam pada itu, menerusi ruangan komen rata-rata pengikutnya mengucapkan tahniah buat pasangan tersebut.

Shaheizy dan Syatilla berkahwin pada 8 Februari 2016 dan dikurniakan cahaya mata lelaki, Syeriv Samheizy pada 9 Mei 2017.

Foto: Instagram @samtilla

Sumber: Gempak

“Mommy Dapat Birthday Present Yang…” – Ibu Shaheizy Sam Kongsi Tarikh Lahir Dengan Cucu

Pelakon Shaheizy Sam meluahkan rasa gembira kerana anak keduanya dilahirkan sama tarikh dengan hari lahir ibu, pelakon senior Khaty Fauziah.

Perkara itu dikongsi Sam menerusi sebuah entri di akaun Instagram miliknya buat tatapan umum.

“Happy birthday Mommy, Mommy dapat birthday present yang tiada dijual lah hari ini.

“Mommy and baby girl share the same birthday, lepas ni kena beli dua hadiah, masak aku,” tulisnya sebagai kapsyen.

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen mengucapkan tahniah dan mendoakan kesejahteraan buat mereka sekeluarga.

Sam dan Syatilla mendirikan rumah tangga pada 8 Februari 2016, mereka menyambut kehadiran anak pertama mereka Syeriv Samheizy pada 9 Mei 2017.

Sumber: Gempak

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: BOBO Dimana, BOBO BOBO Dimana!