“Saya Tahu Kak, Anak Dah 3 ..” – Raf Yaakob Jawab Teguran Netizen Mengenai Posisi Menyusukan Bayi

Please follow and like us:
0

Video menunjukkan anak-anak pelakon Raf Yaakob memberi susu kepada anak ketiganya, Raden Muhammad Rafael mendapat perhatian dan teguran daripada netizen.

Video yang dimuat naik ke akaun Instagram (IG) itu dirakam oleh Raf dan memperlihatkan kedua-dua anaknya Raden Ahmad Rayyan dan Raden Seri Raysaa Chanela memberi susu secar bergilir-gilir.

“Ok no more rock paper scissor. Bab bagi susu kena adil. @radenrayyanraf and @raysaachanelaraf dapat 1 minit sorang,” tulisnya.

Seorang pengikut laman sosialnya, Noraini menegur cara anak-anaknya memberi susu kepada bayi kerana bimbang boleh tersedak.

“Dik @rafyaakob nanti time bagi susu tu tinggi kan sikit kepala baby..Sebab kalau suddenly tersedak, inshaallah susu tak masuk hidung..Btw kirim salam kat baby encem,” tulis netizen tersebut.

Raf tidak berdiam diri malah terus menjawab.

“Saya tahu kak, anak dah 3. Memang tinggi pun. Dalam camera tak nampak angle dia. Thank you,” tulisnya.

Raf berkahwin dengan Mawar atau nama sebenarnya Wan Mawar Shaputri Wan Abdul Rashid pada 9 November 2017.

Pasangan ini dikurniakan seorang cahaya mata lelaki, Raden Muhammad Rafael pada 13 Mac lalu.

Hasil perkahwinan terdahulu, Raf dan bekas isteri dikurniakan dua orang anak, Raden Ahmad Rayyan dan Raden Seri Raysaa Chanela.

Sumber: Gempak

“She Wasn’t On Epidural, Sakit Hanya Dia Yang Tahu…” – Raf Yaakob Kongsi Detik Lihat Mawar Bersalin

Suami aktres Mawar Rashid, Raf Yaakob berkongsi mengimbas kenangan manis sewaktu menyambut kelahiran anak sulungnya, Raden Muhammad Rafael pada 13 Mac lalu.

Raf menceritakan pengalaman tersebut menerusi posting terbaru di akaun Instagramnya.

Menurut Raf, sepanjag menunggu proses kelahiran, Mawar begitu kuat mengharungi kesakitan selain sentiasa berzikir untuk menenangkan hatinya.

“Since ramai yang bertanya, I’ll say it here. @mawarashid bersalin secara normal. She wasn’t on epidural or laughing gas. It was a pure 100% natural birth.

“Sakit dia, hanya Mawar dan Allah Swt sahaja yang tahu. I was with her all the time. Dia mengharungi segala kesakitan dengan tenang.

“Through out the surging (contraction) period, dia banyak berzikir. Raf dan mummy Mawar hanya berikan light massage on her both legs and pinggang di samping doa dan zikir yang tak putus-putus supaya Mawar dan baby tenang.

“On that wonderful night? Raf dan Mawar kept reminding each other, setiap kesakitan surging (contraction) yang dilalui, it only means that we are very close to welcome and to see our baby @radenrafaelraf

“I’m so proud of you my lady. Mawar have been a wonderful wife to me. Dia sangat-sangat hormat dan patuh dengan Raf.

“She’s such a loving stepmom to @radenrayyanraf and @raysaachanelaraf too and I can’t be thankful enough for that.

“Last but not least, betul syurga bawah tapak kaki suami. But she’s also a good daughter to her mum @marinee_rashid and my mum @rsd.umi.

“Kebajikan Mawar pada her whole family and my family is something that I always respect and adore. Mungkin ini agaknya salah satu sebab Allah Swt permudahkan dia bersalin secara normal.

“Syukur… Alhamdulillah. I love you so much anje, more than you can ever imagine. And I’ll keep loving you from now and forever till jannah, Insyaa’Allah. Aamiin,” tulisnya.

Terdahulu, Raf berkahwin dengan Mawar atau nama sebenarnya Wan Mawar Shaputri Wan Abdul Rashid pada 9 November 2017.

Hasil perkahwinan terdahulu, Raf dan bekas isteri dikurniakan dua anak, Raden Ahmad Rayyan dan Raden Seri Raysaa Chanela.

Foto: Instagram @rafyaakob

Sumber: Gempak

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: BOBO Dimana, BOBO BOBO Dimana!