“Kulit Bersih Tanpa Tatu Memudahkan Saya Untuk…” – Keith Foo Perjelas Isu Buang Tatu

Please follow and like us:
0

Pelakon popular, Keith Foo kini dalam proses untuk menghilangkan semua lukisan tatu yang berada di badannya.

Menurut Keith, dia hanya mahukan kulit tubuh yang bersih tanpa sebarang tatu dan menegaskan bahawa tiada sebab lain dia berbuat demikian.

“Saya masih dalam proses untuk membuang semua tatu di badan saya dan ia memerlukan saya untuk melakukannya secara berperingkat.

“I just want a clean body, memang tiada tujuan lain, saya lakukannya dengan keinginan saya tanpa disuruh sesiapa.

“Selain itu, kulit bersih tanpa tatu juga memudahkan saya untuk melakonkan pelbagai watak di masa akan datang, namun begitu, proses pembuangan tatu saya ini bukanlah disebabkan oleh tawaran berlakon dari mana-mana pihak,” katanya ketika dihubungi Gempak.

Keith mula berkongsi mengenai proses pembuangan tatunya itu mulai semalam menerusi ruangan Instagram (IG) Storynya buat tatapan umum.

Sumber: Gempak

“Hubungan Saya & Isteri Sangat Baik, Tiada Gaduh-Gaduh Seperti …..” – Keith Foo

Pelakon Keith Foo mengakui tidak mahu mengambil serius dakwaan orang ramai yang mengatakan rumah tangganya sekarang ini sedang mempunyai masalah.

Menurut Keith, dia dan isterinya Kim Raymond tidak mempunyai masalah rumah tangga.

“Apa yang saya lalui sekarang adalah saat terbaik dalam hidup saya dan isteri.

“Bila isu ini timbul saya dan isteri tak kisah pun kerana apa yang dikatakan oleh orang ramai adalah tidak benar.

“Hubungan saya dan isteri sangat baik dan tiada gaduh-gaduh seperti yang dikatakan oleh orang ramai.

“Bagi saya sesebuah rumah tangga akan ada cabaran serta sedikit perselisihan faham kadang-kadang,” katanya kepada Gempak.

Keith berkata demikian ketika ditemui pada malam kemuncak Festival Filem Malaysia Ke-30 (FFM30) yamgberlangsung di Dewan Plenary, Pusat Konvesyen Antarabangsa Putrajaya (PICC), pada Sabtu.

Sebelum ini, Keith dikatakan tidak lagi tinggal sebumbung dengan isterinya selepas mempunyai masalah dalam rumah tangga.

Terdahulu, Keith dan Kim Raymond berkahwin pada 30 November 2015 dan dikurniakan cahaya mata perempuan, Skylar Raymond Foo pada 30 Mei 2017.

Sumber: Gempak

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: BOBO Dimana, BOBO BOBO Dimana!