“Bertuahnya Ada Sahabat Dunia A K H I R A T” – Kejutan Johan Buat Zizan Bikin Netizen Cair

Please follow and like us:
0

Semalam merupakan hari kelahiran buat pelawak dan pelakon Zizan Razak. Maka ramailah netizen dan rakan artis yang memberi ucapan hari jadi buat beliau.

Namun dalam banyak-banyak ucapan ini, mungkin tidak boleh menandingi kejutan yang dibuat oleh rakan baik Zizan sendiri iaitu Johan.

Video yang dimuat naik oleh Zizan di Instagram semalam menunjukkan Johan bersama isterinya Rozlinawaty Ismail atau Ozlyn sedang merancang melakukan ‘birthday suprise’. Menariknya kedua-dua suami isteri ini hanya datang dengan menunggang motosikal. Sempoi bukan?

“Ni cerita semalam. Tengah sedap makan datang makhluk yang lahir bersama Zizan dalam industry seni ni. Love u my man.,” katanya menerusi Instagram.

Rata-rata netizen dilihat kagum dengan talian persahabatan antara dua pelawak ini. Ini antara respon mereka.

Sumber: Gempak

Bawa Anak Johan Jalan-Jalan, Peminat Doakan Zizan Cepat Kahwin

Peminat Zizan Razak berharap untuk melihat pelawak kesayangan mereka itu berkahwin dalam masa terdekat.

Menerusi sebuah muatnaik di Instagram (IG)nya, Zizan telah berkongsi sekeping gambar bersama dua orang anak rakan baiknya, Johan.

“Ini anak-anak aku. Aku sayang mereka. Harini mereka menceriakan hidup aku. @jozlynnhanania #jozan.

“Melayan anak-anak sedara hari ini dan mereka ajak kayuh basikal kejap lagi. #chantik #hazik,” katanya menerusi entri di IGnya.

Rata-rata peminat memuji sikap Zizan yang begitu penyayang dan mereka mendoakan agar pelawak itu segera berkahwin.

Mereka juga mengakui tidak sabar untuk menanti dan melihat bagaimana kecomelan anak Zizan itu kelak.

“Boleh dah cari bini bang oi. Tak sabar pulak nak melihat Abang Zizan ade anak sendiri mesti comelkan. Comel, bila lagi zizan. Sweet sangat, untung Johan dengan Ozlynn dapat best friend macam zizan #Jozan,” kata peminat menerusi ruangan komen.

Ternyata, ada juga peminat yang mengakui rindu untuk melihat kehebatan kumpulan Jozan berada pentas Maharaja Lawak Mega (MLM).

Peminat Jozan juga berharap agar kumpulan itu dapat bersatu semula untuk menghiburkan penonton dengan lawak-lawak yang berkualiti dan segar daripada mereka.

Sumber: Gempak

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: BOBO Dimana, BOBO BOBO Dimana!