“Guys, My Daughter, Nurul Ameena Sofia” – Selepas 30 Hari Shakilla Khoriri Tunaikan Janji Kongsi Gambar Anak

Please follow and like us:
0

Setiap orang memilih masa yang sesuai untuk memperkenalkan cahaya mata mereka, terutamanya para selebriti. Ada yang memilih tarikh atas sebab-sebab tertentu.

Begitu juga pelakon Shakilla Khoriri dan suaminya, penyampai radio Fizi Ali. Mereka hanya mahu berkongsi gambar cahaya mata sulung mereka hanya selepas 30 hari dilahirkan.

“Assalamualaikum. Syukur Alhamdulillah. Hari ni @ameenasofia_ cukup 30 hari. 30 hari yang banyak mengajar aku jadi seorang perempuan yang sabar dan kuat.

“Perit, pedih dan segalanya aku telan untuk mengeluarkan Ameena. Rasa macam tak percaya setiap hari dan malam aku sekarang ada budak ni, ” tulis Shakilla pada satu entri di Instagramnya.

Kata Shakilla, setiap kali dia merenung mata anaknya, bagaikan ingin menitiskan air mata bila teringat kali pertama Ameena menangis selepas dilahirkan.

“Rasa sebak dada bila hari tu aku dapat gelaran EMAK. Baru aku tahu kenapa Allah kata syurga anak2 ditelapak kaki Ibu. Betul lah.

Membesarlah dengan baik Ameena. Saya tahu awak ahli baru dalam hidup saya dengan Fizi yang akan buat hidup kitaorang lebih hebat dan Best,” tulis Shakilla lagi.

Pada masa yang sama, Shakilla turut berterima kasih kepada semua yang mendoakan dan memberi ucap selamat sejak mengetahui dia mengandung, sehinggalah dia selamat melahirkan Ameena.

“Tak terbalas rasanya doa-doa korang semua. Semoga kita jadi seseorang yang baik buat seseorang yang kita sayang, Insyallah,” ucap Shakilla.

“Guys, my daughter, NURUL AMEENA SOFIA.”

Kredit Gambar: Instagram

Sumber: Gempak

“Selamat Tinggal Susu Badan! No Friend Anymore” – Shakilla Khoriri

Pelakon Shakilla Khoriri meluahkan rasa kecewa apabila menghadapi masalah kekurangan susu badan.

Menerusi Instagram Stories miliknya, Shakila mendedahkan telah melakukan pelbagai cara untuk memperbanyakkan susu badan.

Oleh sebab itu, Shakilla mengambil keputusan untuk tidak meneruskan lagi.

Shakilla dan suami, penyampai radio Fizi Ali mendirikan rumah tangga pada 18 Februari 2018.

Shakilla selamat melahirkan anak pertama mereka, Ameena Sofia itu pada 14 Mac lalu.

Sumber: Gempak

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: BOBO Dimana, BOBO BOBO Dimana!