[VIDEO] “Bergegar sliding door rumah, ingat gempa bumi” – L E T U P A N Di Rapid Pengerang, Penduduk Sekitar Terkejut Rumah Terasa Gegaran Kuat

Please follow and like us:
0

Gempar! Tular di media sosial malam semalam, sebuah kilang petrokimia bagi pembangunan hab industri minyak dan gas penapis di Pengerang, Johor meletup dan terbakar sekitar jam 1.28 pagi, lapor Astro AWANI.

Menerusi video yang viral sejak awal pagi tadi, letupan tersebut dipercayai turut sebabkan gegaran yang boleh dirasai sehingga ke kawasan Pasir Gudang. Uish jauh tu! 

Petronas sahkan kejadian letupan, punca masih dalam siasatan

Sehubungan dengan kejadian yang menimpa malam tadi, Petronas telah mengeluarkan kenyataan mengesahkan berlakunya letupan dan kebakaran di Kompleks Bersepadu Pengerang pada jam 1.25 pagi.

“Pasukan kecemasan dan kebakaran kami telah dikerahkan ke lokasi kejadian dan api dapat dipadamkan dalam 30 minit kemudian.

“Ketika ini situasi dalam keadaan terkawal dan pihak berkuasa telah pun dimaklumkan mengenai kejadian tersebut.

“Punca kejadian masih dalam siasatan dan maklumat lanjut akan disalurkan kemudian,” kata pihak Petronas dalam kenyataan bertulisnya pagi Jumaat ini.

Sumber: Astro AWANI

Sumber: LobakMerah

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: BOBO Dimana, BOBO BOBO Dimana!