“Yang penting aku viral..” – Ini kata penari di majlis kahwin anak Normah Damanhuri

Please follow and like us:
0

Baru-baru ini kecoh tentang majlis persandingan pelakon dan model, Ahya Rosli yang mengundang penari seksi bagi melakukan persembahan.

Rata-rata netizen mengutuk perbuatan itu yang disifatkan keterlaluan pada majlis perkahwinan Melayu sehingga ada bertindak untuk memboikot keluarga mereka termasuk pelakon veteran, Normah Damanhuri.

Penari seksi itu, Wana Ariana juga tidak terkecuali dalam menerima kecaman orang ramai apabila laman sosial Instagram ‘diserang tentera bawang’ selepas tularnya klip video tarian tersebut.

“Selesai persembahan untuk perkahwinan Ahya Rosli. Semoga kekal sampai Jannah. Kepada kak KM, terima kasih kerana menjemput,” tulisnya.

“Best gila show!” – Ahya Rosli

Bapok buat parti kat majlis kahwin orang?

Tunggu pengakhiran hidup kau!

Sedih ada golongan macam ni

Yang penting aku viral!

Aku yang viral, kau yang panas!

Sumber : Wana Ariana

Kredit: OhMyMedia

“Jangan sampai aku buka A I B keluarga kau…” – ‘Kak KM’ M E N G A M U K, kena K E C A M dengan sepupu sendiri!

Masih lagi hangat diperkatakan mengenai isu majlis perkahwinan anak dramatis Normah Damanhuri, terdahulu seorang tetamu yang dipercayai mempunyai ikatan persaudaraan, telah meluahkan rasa kesal terhadap majlis tersebut.

Tidak senang dengan kenyataan yang dibuat oleh lelaki yang dipercayai anak saudara kepada dramatis berkenaan, anak perempuannya yang mesra disapa sebagai kak KM telah meluahkan rasa tidak puas hati di IG.

Jangan sampai aku buka aib keluarga kau!

Menerusi IG story Kak KM, dia yang berang dengan kenyataan sepupunya di Facebook, yang disifatkan sebagai berlagak alim telah membuatkan usahawan jamu itu sangat marah.

Malah dalam video tersebut, kak KM sempat memberi amaran kepada sepupunya supaya jangan terus mencucuk api kemarahan jika tidak mahu keluarganya pula di aibkan.

Depan boleh la senyum2

Terbaru, satu permohonan maaf secara terbuka telah dibuat dramatis Normah Damanhuri di akaun Instagram miliknya, yang nyata kesal dengan kejadian yang berlaku.

Walaubagaimanapun, diharapkan kedua-dua pihak menyelesaikan perkara ini dengan baik tanpa perlu mengaibkan keluarga masing-masing memandang mereka ada pertalian darah.

Sumber: Liana Rosli

Kredit OhMyMedia

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: BOBO Dimana, BOBO BOBO Dimana!