‘Tak kisah… Itu majlis kahwin saya’

Please follow and like us:
0

KUALA LUMPUR: Pelakon dan model, Ahya Rosli mendakwa berhak melakukan apa sahaja pada majlis persandingannya termasuk mengundang penari seksi seperti klip video yang tular, sejak pagi tadi.

Ahya atau nama penuhnya, Ahya Ulumuddin Rosli, 32, memberitahu, dia tidak kisah dengan kritikan netizen kerana persembahan itu sekadar hiburan khas untuk tetamu.

“Saya tak kisah apa orang nak kata (mengenai majlis resepsi semalam)… Itu majlis perkahwinan saya. Saya berhak untuk buat apa sahaja yang saya suka.

“Lagipun, persembahan itu sekadar hiburan biasa untuk tetamu… Netizen pula berlebih-lebih,” katanya kepada BH Online.

Ahya diminta mengulas kritikan netizen terhadap klip video tular yang memaparkan aksi penari dipercayai lelaki menyerupai wanita, berdansa dengan rutin yang disifatkan keterlaluan pada majlis perkahwinan Melayu.

Klip video itu tular selepas dikongsi kakak Ahya, Liana Rosli atau lebih dikenali sebagai Kak KM di Instagram.

Rata-rata netizen menyifatkan Ahya yang juga anak kepada pelakon veteran, Normah Damanhuri, tidak wajar membenarkan penari beraksi sedemikian pada majlis yang dihadiri kanak-kanak dan warga emas.

Ahya berkata, majlis resepsi semalam berlangsung dengan lancar, malah semua tetamu gembira.

“Sudah namanya ‘show’ (pertunjukan)… Ada orang pilih persembahan silap mata, ada yang suka badut atau tarian… Semua ini untuk membuatkan orang (tetamu) gembira,” katanya.

Ahya berkata, dia sudah lali dengan kritikan netizen. Malah, isu terbabit bukanlah suatu masalah besar buatnya.

“Bagi saya, perkara itu bukanlah isu besar. Netizen suka memperbesarkan apa saja perkara selagi boleh.

“Jika anda lihat, kebanyakan yang memberi komen menggunakan akaun palsu. Mungkin mereka adalah orang yang dekat dengan kita,” katanya.

Ahya bernikah dengan gadis pilihan yang dikenali sebagai Shahirah di Bukit Kiara Equestrian, di sini, pada 29 Mac lalu.

Sumber: BH

“SAYA tak nak komen lebih-lebih. Apa yang saya tahu, anak sudah selamat bernikah,” kata pelakon veteran Normah Damanhuri.

Ia susulan video rakaman seorang penari lelaki menyerupai wanita berpakaian separuh bogel menari aksi lucah ketika membuat persembahan pada acara makan beradab di majlis perkahwinan anak lelakinya, Ahya Rosli di sebuah hotel terkemuka di Kuala Lumpur, semalam.

Video tular itu dipercayai dimuat naik oleh kakak Ahya, Liana Rosli yang dikenali sebagai Kak KM dalam kalangan pengikut laman sosial di ruangan Instastory miliknya, semalam.

Normah ketika dihubungi Harian Metro berkata, dia tahu apa yang berlaku dan segala pengisian di dalam majlis tempoh hari dipersetujui seluruh ahli keluarga.

“Pasal jemputan itu (penari), keluarga sama-sama tahu. Saya tak nak komen lebih-lebih, nanti panjang cerita.

“Yang penting, anak saya sudah selamat bernikah,” katanya.

Dalam pada itu, Ahya dalam satu kenyataan di sebuah portal hiburan lain berkata, persembahan itu sekadar hiburan untuk tetamu pada majlis itu.

Katanya, dia enggan melayan kutukan serta kritikan warganet kerana menganggap pengisian majlis itu adalah haknya sebagai tuan rumah.

Dia juga menganggap warganet yang mengecam tindakan pihaknya menjemput penari itu sebagai tiada kerja selain daripada mahu mengganggu kehidupan orang lain semata-mata.

Ahya dan pasangannya, Shahirah Sanusi berkahwin pada 29 Mac lalu di Bukit Kiara Equestrian, Kuala Lumpur.

Sumber: Metro

Boleh tergamam tengok pakaian penari tersebut. Salah majlis ke sis?

Tapi netizen kata apa yang nak dihairankan, keluarga Kak KM kot!

Di media sosial ramai yang mempertikaiakan tindakan mereka mengundang tarian dan penari seperti itu. Dah macam kelab lucah pula.

Apa agaknya di fikiran keluarga dan tetamu yang hadir agak-agaknya ya?

Sumber: Cari

/>

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: BOBO Dimana, BOBO BOBO Dimana!