“Bertudung tapi takde M A R U A H!” – Buat video tak B E R M O R A L, pelakon2 kena tarbiah dengan netizen!

Please follow and like us:
0

Isu golongan Lesbian, Gay, Biseksual dan Transgender (LGBT) kini merupakan perkara hangat diperkatakan apabila mereka cuba memperjuangkan hak masing-masing di negara ini.

Baru-baru ini, tular di laman sosial Facebook apabila sekumpulan pelakon telah menyampaikan isu tersebut dalam bentuk video pengajaran tetapi isinya lebih berunsur kepada keghairahan dan tidak senonoh.

Namun lebih memalukan apabila para pelakon terdiri daripada mereka yang bertudung akan tetapi menunjukkan aksi separa lucah yang seakan-akan tidak malu dengan perbuatan tersebut.

Lantas video lakonan berkenaan mengundang kemarahan netizen yang beragama Islam kerana dikatakan dapat menimbulkan persepsi negatif orang luar terhadap agama mulia ini.

Ramai netizen membantah dengan apa yang dilakukan oleh sekumpulan anak-anak muda ini apabila memberi pelbagai tomahan menerusi ruangan komen yang dihasilkan menerusi aplikasi Tik Tok.

Yang berlakon tu takde maruah ke…

Video sampah…tiada moral…

Otak tak berfungsi secara waras…

Mungkin tujuan utama video pendek itu bertujuan untuk memberi pengajaran namun cara penghasilan lebih kepada perlakuan tidak senonoh dan seolah-olah mencari publisiti serta kontroversi demi meraih populariti.

Secara tidak langsung, hal ini membuatkan umat Islam terus dipandang serong keran hanya kerana mahukan populariti, sanggup mengaibkan agama sendiri.

Sumber : TikTok Viral

KREDIT: OH MyMedia

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: BOBO Dimana, BOBO BOBO Dimana!