Sama Cantik Sama Padan! Foto-Foto Menarik Sekitar Majlis Akad Nikah Fasha Sandha & Aidil Aziz

Please follow and like us:
0

Pelakon Fasha Sandha telah selamat bergelar isteri kepada aktor, Aidil Aziz dengan sekali lafaz pada pukul 9.15 pagi tadi.

Menerusi entri di Instagram (IG), Fasha telah berkongsi gambar majlis akad nikah yang berlangsung di kampung halaman aktres terbabit di Perlis.

Perkongsiannya itu turut mendapat perhatian peminatnya yang rata-rata mengucapkan tahniah atas perkahwiannnya.

Majlis pernikahan yang diadakan di Perlis itu dihadiri oleh ahli keluarga dan kenalan rapat selebriti ini.

Pada majlis itu, Aidil menyerahkan mas kahwin sebanyak RM300 kepada Fasha manakala wang hantaran dirahsiakanjumlahnya

Majlis resepsi di belah keluarga pengantin lelaki pula akan diadakan di kampung halaman Aidil yang terletak di Rembau, Negeri Sembilan pada April ini.

Ini merupakan perkahwinan pertama untuk Aidil dan kedua untuk Fasha. Sebelum ini, Fasha pernah berkahwin dengan Rizal Ashram Ramli pada 27 April 2012 dan bercerai pada 20 Januari 2016.

Hasil perkahwinan, mereka mempunyai dua orang anak, Putra Rayfal Ramli, 5 dan Putri Raysha Jemaima, 4.

Pastinya ramai peminat setia Fasha dan Aidil tidak sabar mahu menantikan majlis perkahwinan mereka.

Berikut merupakan foto-foto sepanjang majlis tersebut:

Sumber: IG & Gempak

Sekali Lafaz, Fasha Sandha Sah Isteri Aidil Aziz

Pelakon Fasha Sandha selamat bergelar isteri kepada aktor, Aidil Aziz dengan sekali lafaz.

Menerusi entri di Instagram (IG), Tv3 Malaysia, berkongsi video majlis akad nikah mereka yang berlangsung sebentar tadi.

“Alhamdulillah dengan sekali lafaz @itsaidilaziz @fashasandha sah bergelar suami isteri.

“Semoga berbahagia sampai akhir hayat #aidilfasha,” tulisnya.

 

Difahamkan, majlis tersebut berlangsung di kampung halaman Fasha yang terletak di Perlis Indera Kayangan.

Majlis resepsi di belah keluarga pengantin lelaki pula akan diadakan di kampung halaman Aidil yang terletak di Rembau, Negeri Sembilan pada April ini.

Ini merupakan perkahwinan pertama untuk Aidil dan kedua untuk Fasha. Sebelum ini, Fasha pernah berkahwin dengan Rizal Ashram Ramli pada 27 April 2012 dan bercerai pada 20 Januari 2016.

Hasil perkahwinan, mereka mempunyai dua orang anak, Putra Rayfal Ramli, 5 dan Putri Raysha Jemaima, 4.

Pastinya ramai peminat setia Fasha dan Aidil tidak sabar mahu menantikan majlis perkahwinan mereka.

Sumber: Gempak

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: BOBO Dimana, BOBO BOBO Dimana!