Bakal Akhiri Zaman Solonya Tak Lama Lagi Bersama Pelakon Aidil Aziz, Meriah Sekitar Bachelorette Party Fasha Sandha!!

Please follow and like us:
0

Fasha Sandha bakal akhiri zaman solonya tak lama lagi dengan pelakon Aidil Aziz.

Sempena perkahwinan yang bakal menjelma, rakan rapat kepada Fasha Sandha ada buat satu majlis khas buat Fasha iaitu bachelorette party. Kejutan itu dibuat juga sempena hari lahir Fasha Sandha yang ke 35 pada tahun ini.

Di bachelorette party, antara aktiviti yang selalu dibuat ialah baling bunga ke belakang dan siapa yang dapat selalunya dialah yang akan kahwin selepas ini.

Ketika Fasha Sandha baling bunga, untuk pertama kali, rakannya iaitu usahawan Rita, berjaya menangkap bunga berkenaan. Namun ramai yang tak puas hati secara berguran dan gelak ketawa kerana Rita dah pun berkahwin.

Oleh itu, Fasha Sandha buat keputusan untuk baling buat kali kedua. Dan akhirnya ada juga raknnya yang solo dapat tangkap bunga tersebut.

Dalam pada itu, Fasha meluahkan rasa syukur dan hembira dengan majlis berkenaan selain tak percatya akan berkahwin tak lama lagi..

“Tak percaya saya akan kahwin lagi selepas tiga tahun lima bulan hidup sebagai ibu tunggal. Susah nak percaya, tetapi inilah kenyataannya.”

“Saya bersyukur kerana memiliki keluarga dan kawan baik, kala suka dan duka.

“Semoga segala-galanya bakal dipermudahkan. Terima kasih buat semua sahabatku dunia akhirat,

Tentang sambutan hari lahir yang diadakan lebih awal, Fasha Sandha akui kejutan diusahakan beberapa rakannya, yang cukup menyentuh hati kecilnya.

“Sumpah, saya memang tidak tahu nak cakap apa. Ia memang detik indah sebelum saya bergelar pengantin. Terima kasih kerana mengatur dan menganjurkan majlis ini.

“Ia sambutan berganda untuk saya yang akan bergelar isteri dan menyambut usia 35 tahun, kelak,”

Ibu kepada dua cahaya mata itu akan melangsungkan perkahwinan dengan pelakon, Aidil Aziz, di sebuah masjid di kampung halamannya di Perlis, akhir bulan ini. Sebelum ini dia berkata, sebuah majlis resepsi kecil-kecilan akan turut diadakan di sana.

Kemudian, satu majlis resepsi yang agak besar akan dibuat di tempat Aidil.

“Insya-Allah, acara besar-besaran akan diadakan di Rembau, Negeri Sembilan, di sebelah keluarga Aidil,”

Sebelum ini Fasha dan Aidil telah bertunang pada tarikh 18 November 2018.

Ini beberapa keping foto sekitar majlis kejutan buat Fasha Sandha

Ini videonya:

Sumber : penmerah press

(10 FOTO) Sekitar ‘Surprise Birthday Party’ Fasha Sandha Yang Meriah

Penghujung Mac ini, pelakon Fasha Sandha bakal bernikah dengan tunang tecinta, Aidil Aziz. Bersempena dengan hari istimewa itu, rakan baiknya, Datin Seri Nur Shahida telah mengadakan majlis kejutan hari lahir buat Fasha.

Majlis hari jadi itu diadakan 10 hari lebih awal kerana mahu meraikan Fasha yang bakal melangkah ke alam perkahwinan sekali lagi.

Menerusi akaun Instagramnya, Fasha meluahkan rasa gembira dan terharu sekali dengan kejutan yang dilakukan oleh Shahida dan beberapa rakan rapat yang lain.

Jelas terpancar betapa seronoknya Fasha dapat meraikan momen indah sebelum berkahwin bersama orang tersayang. Semoga segala perancangan pernikahannya berjalan dengan lancar.

Jom layan beberapa lagi foto sekitar ‘surprise birthday party’ Fasha dengan membaca entri ini sepenuhnya.

Sumber: Beatifulnara

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: BOBO Dimana, BOBO BOBO Dimana!