Aliff Aziz Padam Foto Bella Astillah Di Laman Instagram… Kenapa Pula Tu?

Please follow and like us:
0

Pelakon dan penyanyi Aliff Aziz memadam foto isterinya, Bella Astillah di laman Instagram miliknya.

Tindakan yang dilakukan oleh Aliff menimbulkan tanda tanya, lebih-lebih lagi selepas berita Aliff yang didakwa curang bersama Oktovia Manrose tersebar pada hujung bulan lalu.

Menerusi pemerhatian di laman Instagram Bella pula, wanita itu masih tidak memadamkan fotonya bersama Aliff.

Kali terakhir Bella memuat naik foto dirinya bersama Aliff adalah pada 20 Februari lalu.

Pada 27 Februari lalu, Bella menunjukkan bukti suaminya sedang berlaku curang dengan Oktovia dan Bella mendedahkan perkara terbabit di laman Instagram miliknya.

Sebelum ini, Aliff pernah terkait dengan kontroversi bersama aktres Afifah Nasir pada Julai 2017.

Aliff mendirikan rumah tangga dengan Bella pada 9 September 2016 dan dikurniakan seorang anak lelaki, Ayden Adrean.

Sumber: Gempak

“Stop Telling People Yang I Halau, Where Have You Been For …..” – Ini Amaran Bella Astillah

Isteri kepada penyanyi Aliff Aziz, Bella Astillah berharap agar namanya tidak diperburukkan oleh mana-mana pihak.

Menerusi entri di Instagram (IG) stories, Bella menjelaskan dia tidak pernah menghalau suaminya daripada rumah.

“Hi, why I put on Igstory sebab kat tempat yang sepatutnya tak ada response dari sesiapa. Saya just nak bagitahu stop telling people yang I halau.

“Saya dibesarkan dengan baik oleh kedua orang tua saya, diaorang ajar saya adab. Tepuk dada tanya selera, orang berbudi kita berbahasa and eventually your family know everything yang I tak halau pun.

“Where have you been for the past few days? Club? You wanna say nak ludah every single of my family? Yang menatang macam minyak yang penuh? My family who sacrificed their fellings selama ini dan tutup je mata dengan apa saja perbuatan kamu.

“What kind of human are you? Im telling you stop or you want me to start juga? Kesabaran saya ada tahap. Please ingat. Salam,” tulisnya.

Namun Bella tidak menjelaskan status yang dimuat naikkan itu ditujukan kepada siapa.

Aliff dan Bella mendirikan rumah tangga pada 9 September 2016 dan mereka dikurniakan seorang cahaya mata Mohamad Ayden Adrean.

Sumber: Gempak

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: BOBO Dimana, BOBO BOBO Dimana!