“Kalau Dulu, Hamil 7 Bulan Pun Saya Masih Berlakon…” – Izreen Azminda

Please follow and like us:
0

Aktres Izreen Azminda kini sedang sarat hamil enam bulan, hasil perkahwinannya dengan pemuzik Muhammad Radzi Abdul Wahid atau Ude pada 8 Ogos 2017.

Merupakan kandungan kedua bagi Izreen, pelakon itu berkongsi kepada HLive perbezaan yang dia rasakan berbanding kehamilan pertama.

“Kalau dulu, saya boleh bekerja dan berlakon sehingga kandungan memasuki bulan ketujuh. Keadaannya sangat berbeza dengan kehamilan kedua.

“Mungkin kerana peningkatan umur dan juga mungkin kerana saya kerap mengalami pendarahan di awal kehamilan,” kata Izreen.

Tambah Izreen, dia juga berjumpa doktor setiap minggu di awal kehamilan.

“Saya tak boleh berdiri lama, tak boleh berjalan jauh. Saya sangat risau dan setiap minggu berulang untuk berjumpa dengan doktor untuk mendapatkan rawatan.

“Sekarang ini, Alhamdulillah, kandungan semakin sihat dan semoga proses melahirkan anak nanti dipermudahkan,” kata Izreen lagi.

Sebelum ini, Izreen pernah berkahwin dengan seorang pengarah, Muhammad Riza pada 2012 namun berpisah pada 2014.

Pelakon itu dikurniakan seorang anak lelaki, Muhammad Adrian Umar.

Manakala, Ude pernah mendirikan rumah tangga bersama Intan Liana Saleh pada Mac 2013 namun bercerai pada Mac 2018.

Hasil perkahwinan mereka dikurniakan dua cahaya mata, Arish Muqri dan Ariq Murqi.

Untuk berita hiburan yang padat dengan informasi, jangan lupa saksikan HLive! yang bersiaran pada setiap Isnin hingga Sabtu pada jam 8.30 malam di Astro Ria (104) dan Astro Ria HD (123).

Sumber: Gempak

“Akhirnya #babyA Tunjuk Juga Muka” – Izreen Azminda Kongsi Video Ultrasound

Pelakon, Izreen Azminda berkongsi sepotong video menunjukkan imbasan ultrasound bakal anaknya.

Video itu dimuat naik menerusi sebuah entri di akaun Instagramnya semalam.

Izreen yang kini hamil enam bulan seakan-akan memberi bayangan nama anaknya bakal bermula dengan huruf A menerusi hashtag yang dikongsi iaitu #babyA.

“Kejap jer awak dah nak masuk 6 bulan… Akhirnya #babyA nak jugak tunjuk muka,” tulisnya ringkas.

Bagaimanapun, Izreen masih lagi menutup ruangan komen di Instagramnya.

Dalam pada itu, suaminya, Ude Wahid juga turut berkongs foto Ultrasound menerusi kemas kini terbaru Instagramnya.

“Baby belanje senyuman untuk mama dan baba,” tulisnya.

Terdahulu, Izreen dan Ude atau nama sebenarnya Muhammad Radzi Abdul Wahid telah mendirikan rumah tangga pada 8 Ogos lalu di Damansara, Petaling Jaya secara tertutup.

Izreen pernah berkahwin dengan seorang jurukamera, Muhammad Riza pada 2012 namun berpisah pada 2014.

Pelakon itu dikurniakan seorang anak lelaki, Muhammad Adrian Umar, 5.

Manakala, Ude pernah mendirikan rumah tangga bersama Intan Liana Saleh pada Mac 2013 namun bercerai pada Mac 2018.

Hasil perkahwinan mereka dikurniakan dua cahaya mata, Arish Muqri, 4 dan Ariq Murqi, 2 tahun.

Foto: Instagram @izreen.azminda / @udewahid

Sumber: Gempak

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: BOBO Dimana, BOBO BOBO Dimana!