“Terasa Seperti Tidak Profesional” – Nadiyah Shahab Dedah Sikap Sebenar Zizan Razak

Please follow and like us:
0

Pelakon Nadiyah Shahab mengakui pengalaman berlakon bersama aktor Zizan Razak merupakan sesuatu perkara yang sukar dilupakan bagi dirinya.

Menurut Nadiyah, perwatakan Zizan yang kelakar dan sering menukar dialog pada saat akhir membuatkan dia perlu peka ketika menjayakan babak bersama-sama dalam telefilem Saya Jual Ye Bang.

“Selain suka menukar dialog pada saat akhir, sikap lawak yang ada pada Zizan membuatkan saya hendak ketawa sepanjang penggambaran diantara babak kami berdua.

“Kadang-kadang terasa seperti tidak profesional saya ini kerana selalu ketawa sahaja.

“Namun saya tahu itulah cabaran yang harus saya atasi dan perkara itu banyak memberi ilmu kepada saya dalam bidang lakonan,” katanya kepada Gempak.

Nadiyah berkata demikian ketika ditemui pada majlis sidang media telefilem terbitan Astro First Eksklusif, Saya Jual Ye Bang, di GSC Signature Gardens, Petaling Jaya, baru-baru ini.

Selain Nadiyah, telefilem Saya Jual Ye Bang turut menampilkan Uqasha Senrose, Zizan Razak, Idris Khan dan Datuk AC Mizal.

Telefilem Saya Jual Ye Bang, akan menemui penontong menerusi Astro First Eksklusif (saluran 480) dan platform digital ‘On Demand’.

Sumber: Gempak

“Saya Sangka Orang Tidak Akan Menyokong Produk Kami, Tapi ….” – Nadiyah Shahab

Pelakon Nadiyah Shahab mengakui terkejut apabila perniagaannya, produk Absolut Chocolat bersama suami, Ben Ali menerima sambutan luar biasa daripada orang ramai.

Related image

Menurut Nadiyah, walaupun dia dan suaminya menerima kecaman daripada orang ramai kerana dianggap menggunakan kroni untuk melariskan perniagaan namun Nadiyah terkejut apabila sebaliknya yang terjadi.

“Saya sangka orang tidak akan menyokong produk kami selepas isu ini menjadi tular tapi apa yang terjadi sebaliknya.

“Kami menerima banyak respon positif daripada orang ramai selepas apa yang berlaku dan lebih ramai yang membeli produk kami itu.

“Mungkin ramai beranggapan kami mengambil jalan mudah tapi mereka tidak tahu kesusahan yang dihadapi oleh suami yang berjumpa dengan orang ramai bagi memasarkan produk itu.

Image result for Absolut Chocolat

“Saya boleh katakan bukan mudah sebenarnya perniagaan kami dan apa yang diperolehi sekarang ini adalah usaha keras yang dilakukan oleh Ben selama ini,” katanya kepada Gempak.

Nadiyah berkata demikian ketika ditemui pada majlis sidang media telefilem terbitan Astro First Eksklusif, Saya Jual Ye Bang, di GSC Signature Gardens, Petaling Jaya, baru-baru ini.

Selain Nadiyah, telefilem Saya Jual Ye Bang turut menampilkan Uqasha Senrose, Zizan Razak, Idris Khan dan Datuk AC Mizal.

Telefilem Saya Jual Ye Bang, akan menemui penontong menerusi Astro First Eksklusif (saluran 480) dan platform digital ‘On Demand’, mulai 14 Mac ini.

Sumber: Gempak

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: BOBO Dimana, BOBO BOBO Dimana!