“Saya Terpaksa Ketepikan Semua Untuk Perkahwinan Fasha”- Elisya Sandha

Please follow and like us:
0

Pelakon Elisya Sandha akui terpaksa menolak pelbagai tawaran dan urusan kerja bagi memberi tumpuan kepada perkahwinan kakaknya, Fasha Sandha pada penghujung Mac ini.

Elisya berkata sebagai adik, dia sanggup berkorban untuk melihat kakaknya bahagia.

“Sebenarnya saya banyak kerja sekarang tapi saya terpaksa tolak banyak benda serta tawaran kerja demi hendak membantu menguruskan perkahwinan Fasha.

“Saya perlu bantu uruskan perkahwinannya kerana saya boleh kata ia agak last minute juga jadi banyak perkara perlu diuruskan,” katanya kepada Gempak.

Mengulas mengenai perasaannya, Elisya berkata dia gembira kerana akhirnya Fasha berjumpa dengan orang yang sesuai dengannya.

“Saya sangat gembira untuk Fasha kerana akhirnya dia berjumpa dengan lelaki yang sesuai dan baik untuknya. Saya akui Aidil sangat baik.

“Fasha sebenarnya banyak memberi inspirasi kepada saya dalam kehidupan kerana dia berjaya mencapai kebahagiaannya disamping berjaya dalam kerjayanya,” katanya lagi.

Elisya kini sedang muncul dalam drama Encik Imam Express di Astro Ria setiap Isnin hingga Khamis, jam 10 malam.

Sumber: Gempak

Biodata Elisya Sandha, Pelakon Drama Pujaan Hati Kanda

biodata elisya sandha pelakon drama pujaan hati kanda 1

Biodata

Nama penuh: Nur Elisya binti Mohd Faisal

Nama popular: Elisya Sandha

Tarikh lahir: 7 Jun 1999

Umur: 19 tahun

Kelahiran: Kuala Lumpur, Malaysia

Pekerjaan: Pelakon, model, pengacara dan penyanyi

Media sosial: Instagram @elisyasandhaofficial

Fakta Menarik

1. Anak bongsu daripada enam adik-beradik.

2. Adik kepada pelakon Fasha Sandha. Beliau memanggil Fasha dengan gelaran ‘Angah’.

3. Mendapat pendidikan di SMK Convent Bukit Nenas.

4. Aktif dalam bidang lakonan sejak berusia 15 tahun lagi.

5. Menidakkan menggunakan nama Fasha sebagai batu loncatan untuk mencipta nama dalam industri kerana dia juga menghadiri ujibakat sebagaimana bintang-bintang baru lain demi mendapat tempat dalam sesebuah produksi drama ataupun filem.

6. Namun perjalanan awalnya tidak dinafikan banyak dibantu oleh nasihat Fasha yang terlebih awal melalui liku-liku hidup sebagai anak seni.

7. Kerjayanya diuruskan oleh ibunya sendiri.

8. Antara kritikan negatif yang pernah diterima termasuk digelar “nampak tua sebelum usia” dan bakat lakonan pula pernah dikatakan ‘kayu’. Namun Elisya tidak berkecil hati, malah mengambil komen itu daripada sudut positif .

9. Bercita-cita ingin menjadi akauntan.

10. Penglibatannya dalam drama menerusi Bila Chacha Masuk Asrama (2014), Destinasi G4 (2015), Mamu Mami Gosip (2018), Mimpi Yang Sempurna (2018), Wanita Yang Dikasihi (2018), Mencari Qiblat (2018) dan Pujaan Hati Kanda (2018).

11. Manakala telefilem lakonannya pula ialah Aku Mahu Ke New York (2015), Hai Lah Menantu (2015), Cinta Gred A (2017) dan Mat Rukun (2017).

12. Menerusi filem, Elisya pernah terbabit dalam Natchatiran (2015), Anak Mami Nasi Kandaq (2016), Cendol: Kepada Allah Aku Berserah (2016) dan Perjanjian Syaitan (2016).

13. Pernah menghoskan program Misi Kita pada tahun 2014.

Video

Sumber: Iluminasi

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: BOBO Dimana, BOBO BOBO Dimana!