“Makan tepi longkang harga Grand Hyatt!” – Warung Nasi Lemak RM1 ‘Ketuk’ Harga Customer Sampai RM 100

Please follow and like us:
0

Kalau nak buka gerai makan pun, jangan hanya sekadar fikir nak kaut untung, kepuasan pelanggan juga memainkan peranan penting.

Strategi pemasaran, makanan yang enak sekalipun tak guna kalau layanan buruk, persekitaran tak bersih ditambah lagi dengan caj harga yang tak masuk akal. Itu pun kalau sedapl

Wujud je kedai makan macam ni, Naim Azhar pernah kena Ahad lepas. Kena ‘ketuk’ harga yang tak terjangkau dek akal bila lihat keadaan kedai tu.

Makan tepi longkang harga Grand Hyatt!

“Semalam makan Nasi Lemak At** dekat Chowkit. Dia jual Rm1 sebungkus. Kami makan 7 orang, total harga nak dekat RM100. Nasi 20 bungkus. Air Teh O Ais 7 cawan. Selebihnya lauk bontot ayam, paru, rendang daging, telur sambal sikit2. Makan tepi longkang harga Grand Hyatt!!!”

“Kau bayangkan nasi baru rm20. Then air Teh O Ais Rm2.50 macam tu kali 7 cawan almost Rm20. Pastu lauk-lauk sikit yg dalam gambar tu kau rasa Rm60? Tak terkejut aku dgn service kat kaunter mcm puk*mak. Dia maki aku sebab aku amik lauk sendiri & suruh letak balik apa lagi aku noya lah”

Kalau ikutkan logik lah kan, lauk rendang daging dan paru tu boleh masuk akal lah mahal sikit, tapi kalau lauk yang simple-simple takkan lah boleh mahal macam tu.

Layanan pula amat lah tidak memuaskan, siap marah pelanggan lagi. Admin rasa makan nasi lemak dekat kedai hipstur pun tak semahal ni ye dok? 

Mahal, pelayan kurang ajar.

Lokasi kedai makan ni berdekatan dengan stesen monorail Chow Kit, ia merupakan gerai nasi lemak yang dijual dengan harga RM 1 sebungkus. Hurm marketing strategi, jual murah kat nasi  lemak tapi mark up harga dekat lauknya.

“Mahal nak mampos, pelayan kurang ajar. Kita dah biasa dgn harga makanan kampung murah. Kau bayangkan kalau ada family susah yg teringin nak makan nasi lemak RM1 sebab tak mampu pastu tup tup tgk bill RM50. Logik tak? Habistu org yg tak mampu nak makan apa? Nasi dgn kicap.

Caj harga tu memang tak masuk akal, gerai kenakan harga sampai RM 100 untuk nasi lemak? Apa yang membuatkan Naim makin tak puas hati apabila gerai itu hanya gerai biasa yang terletak di tepi jalan, sama macam gerai-gerai yang lain.

Boleh tak orang Melayu kalau meniaga TEPI JALAN & TEPI LONGKANG jgn jual makanan harga level2 PUBLIKA. Bukan kena bayar sewa tapak Rm10k sebulan sampai nak jual mahal2. Jgnlah amik kesempatan nak kaya cepat aniaya org. Ini rezeki kau, org bayar guna duit punca rezeki dia juga.

Baik aku terus makan Nandos ke apa ke. Kau faham tak. Memanglah selama ni makan cafe & restaurant. Mampu je bayar tapi kau makan tepi jalan, masuk akak eh makan nasi lemak yg dah sinonim murah tapi harga RM100??”

Ternyata Naim bukanlah satu-satunya individu yang serik makan dekat gerai tu, lepas dia dapatkan review, ramai lagi yang complain pasal gerai nasi lemak RM1 tu.

Dah makan baru nak baca review. I thought I was being obnoxious or overreacting. Rupanya…”

Masing-masing memberikan pandangan yang sama seperti Naim alami, servis teruk dan harga yang tak masuk akal. Pekerja biadap.

 

Daripada review orang, tak dinafikan nasi lemak di tempat tu memang sedap. cuma harga tuu…hmmm. Malah menurut sumber yang admin terima ini, persekitaran kedai itu sangat kotor memang tak padan dengan harga yang dikenakan.

” Kerusi meja duduk sebelah longkang bersama tikus menjadi penyeri jalan “

Yelah kalau makan di cafe hipstur atau restoran yang kondusif, memang faham lah dicaj mahal sebab servis pun elok keadaan kedai bersih dan rasanya pun sedap.

Tapi kalau keadaan kedai makan kurang bersih dan dibayar mahal macam ni, memang patutlah mereka rasa macam tak berbaloi. Apa pendapat korang?

Sumber: LobakMerah

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: BOBO Dimana, BOBO BOBO Dimana!