“Thank You So Much For Showing Me The True Meaning Of Love” – Peminat Suruh Kahwin Baca Ucapan Bersemut Redza Rosli Buat Ayda Jebat

Please follow and like us:
0

Memang sweet pasangan Redza Rosli dan Ayda Jebat ni. Mungkin tidak terlalu menunjuk-nunjuk seperti pasangan lainnya, tetapi sesekali muncul di Instagram masing-masing, pasti ada kata-kata manis yang dituliskan.

Terbaru ucapan Redza Rosli sempena hari lahir Ayda Jebat di Instagramnya mengundang banyak komen-komen daripada peminat.

“On your special day I would like to wish you Happy Birthday & May Allah bless u always.

“It bring a smile on my face by simply thinking of you. And that smile become brighter whenever im with you,” tulis Redza pada sekeping gambar mereka berdua.

“Thank you so much for showing me the true meaning of love. Thank you for all wonderfull things you have given me.

You are the reason why i smile everyday. There is no need for a special day to remind me how special you are for the stars always shine whenever you are near me. Wonderful Birthday,” tulis Redza.

Rata-rata peminat yang meninggalkan komen pada entri tersebut mahukan mereka agar cepat mendirikan rumah tangga.

Sumber: Gempak

Ayda Jebat Tidak Tolak Jodoh Dengan Redza Rosli

Gara-gara bergambar mesra dan kelihatan cukup rapat bersama, pelakon Ayda Jebat dan Redz Rosli kini hangat dihimpit gosip sedang bercinta. Sebelum ini Ayda selalu cuba untuk menafikan gosip berkenaan tetapi hari ini beliau akui tidak menolak jika belia ada jodoh dengan Redza.

Ayda juga berharap peminat yang sering mengharapkan beliau dan Redza disatukan sebagai suani isteri mendoakan yang terbaik buat dirinya.

Kalau rasa saya sesuai dengan Redza, aminkan sahaja lagipun ia perkara yang baik. Namun buat masa ini saya dan Redza adalah kawan baik dan saya sendiri tak meletakkan sasaran tertentu mengenai sampai bila kami harus berkawan… tak ada tarikh luput.

Peminat ada pelbagai harapan, saya tak boleh jaga perasaan semua orang kerana saya perlu jaga perasaan sendiri dan keluarga saya.

Berbicara mengenai keistimewaan Redza di matanya, Ayda memberitahu sikap pemalu Redza boleh dianggap sebagai sesuatu yang istimewa.

Redza adalah seorang lelaki yang sangat pemalu malah ketika di set pengambaran dia lebih selesa buat hal sendiri. Jadi pada awalnya sudah bagi saya untuk buat dia lebih terbuka namun lama kelamaan saya berjaya juga. Saya banyak ajar dan beri nasihat supaya bergaul dengan kru dan orang sekeliling.

Kalau ada jodoh tidak kemana. Biasanya, daripada seorang sahabat boleh jadi teman hidup juga. Hehe

Sumber Berita : mStar Online

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: BOBO Dimana, BOBO BOBO Dimana!