“She Wasn’t On Epidura|, Sak!t Hanya Dia Yang Tahu…” – Raf Yaakob Kongsi Detik Lihat Mawar Bersalin

Please follow and like us:
0

Suami aktres Mawar Rashid, Raf Yaakob berkongsi mengimbas kenangan manis sewaktu menyambut kelahiran anak sulungnya, Raden Muhammad Rafael pada 13 Mac lalu.

Raf menceritakan pengalaman tersebut menerusi posting terbaru di akaun Instagramnya.

Menurut Raf, sepanjag menunggu proses kelahiran, Mawar begitu kuat mengharungi kesakitan selain sentiasa berzikir untuk menenangkan hatinya.

“Since ramai yang bertanya, I’ll say it here. @mawarashid bersalin secara normal. She wasn’t on epidural or laughing gas. It was a pure 100% natural birth.

“Sakit dia, hanya Mawar dan Allah Swt sahaja yang tahu. I was with her all the time. Dia mengharungi segala kesakitan dengan tenang.

“Through out the surging (contraction) period, dia banyak berzikir. Raf dan mummy Mawar hanya berikan light massage on her both legs and pinggang di samping doa dan zikir yang tak putus-putus supaya Mawar dan baby tenang.

“On that wonderful night? Raf dan Mawar kept reminding each other, setiap kesakitan surging (contraction) yang dilalui, it only means that we are very close to welcome and to see our baby @radenrafaelraf

“I’m so proud of you my lady. Mawar have been a wonderful wife to me. Dia sangat-sangat hormat dan patuh dengan Raf.

“She’s such a loving stepmom to @radenrayyanraf and @raysaachanelaraf too and I can’t be thankful enough for that.

“Last but not least, betul syurga bawah tapak kaki suami. But she’s also a good daughter to her mum @marinee_rashid and my mum @rsd.umi.

“Kebajikan Mawar pada her whole family and my family is something that I always respect and adore. Mungkin ini agaknya salah satu sebab Allah Swt permudahkan dia bersalin secara normal.

“Syukur… Alhamdulillah. I love you so much anje, more than you can ever imagine. And I’ll keep loving you from now and forever till jannah, Insyaa’Allah. Aamiin,” tulisnya.

Terdahulu, Raf berkahwin dengan Mawar atau nama sebenarnya Wan Mawar Shaputri Wan Abdul Rashid pada 9 November 2017.

Hasil perkahwinan terdahulu, Raf dan bekas isteri dikurniakan dua anak, Raden Ahmad Rayyan dan Raden Seri Raysaa Chanela.

Foto: Instagram @rafyaakob

Sumber: Gempak

“Melayan Mawar Punya Mengidam” – Raf Yaakob Dedah Dugaan Yang Dialami Melayan Mawar Rashid

Pelakon dan suami kepada aktres Mawar Rashid, Raf Yaakob mengakui sukar untuk mengawal berat badannya selepas isterinya disahkan hamil.

Menerusi entri di Instagram (IG), Raf berkongsi kisahnya yang tidak sampai hati untuk membazir makanan sehingga berat badannya mencecah 79 kilogram.

“Dugaan terbesar waktu @mawarashid pregnant is…. nak maintain berat badan yang ideal!

“Usually Raf akan maintain at 70-72kilogram (kg). Tapi sepanjang Mawar pregnant ni, berat Raf naik turun macam rollercoaster.

“From 70 to 75 to 79 to 75 to 73 to 75 to 72 and now I’m at 76kg.

“Melayan Mawar punya mengidam, dia makan 2-3 sudu je. Raf tak sampai hati membazir, Raf habis kan jela,” tulisnya.

Menerusi ruangan komen rata-rata berpendapat perkara itu adalah sesuatu yang biasa dan ia merupakan pengorbanan yang harus dilakukan oleh suami dalam memenuhi segala keinginan isteri ketika hamil.

Raf atau nama sebenarnya, Raden Ahmad Faizal Yaakob bernikah dengan Mawar atau nama sebenarnya Wan Mawar Shaputri Wan Abdul Rashid pada 9 November 2017.

Kini, Mawar sedang sarat hamil lapan bulan dan dijangka bersalin pada bulan Mac ini.

Hasil perkahwinan terdahulu, Raf dan bekas isteri dikurniakan dua anak, Raden Ahmad Rayyan dan Raden Seri Raysaa Chanela.

Sumber: Gempak

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: BOBO Dimana, BOBO BOBO Dimana!