“Jangan Buat Hal Andra! Tidur Luar Ayah Malam Ni!” – Terkejut Tomok Bila Andra Tiba-Tiba Panggil…

Please follow and like us:
0

Kalau dah budak-budak, kadangkala tersalah sebut. Perkara biasalah tu. Kadang-kadang boleh menimbulkan gelak ketawa, ada ketika pula rasa macam tak senang duduk.

Itu yang diceritakan oleh Tomok pada satu entri di Instagramnya apabila Andra tersalah sebut.

“Secara spontan Andra cakap kat Dibu lepas mandi tadi..’mama’ ‘mama’.

“Lalu dibu terus memandang tepat kat mata aku lalu cakap ’mama mana pulak?” tulis Tomok.

“Jangan buat hal Andra.. Benda yang takda jangan di ada-adakan. Tido luar ayah malam ni nanti,” seloroh Tomok

Rata-rata peminat memberikan komen yang agak menyeronokkan untuk dibaca.

“Lain macam Andra buat lawak. Ayah yang ketar lutut tu. Haha,” tulis @emma_razak.

“Hahahaha kecut perut kena pandangan maut,” sambung @eyka_aziz19.

“Dibu mohon buat siasatan”, seloroh @sayang_syafiqah.

“Hahaha… Benda macam tu jangan dibuat main Andra,” tulis @mohdshahrilabuhasan.

Tomok atau nama sebenarnya Shah Indrawan berkahwin dengan Rahayu Abas dan dikurniakan dua orang cahaya mata, Arrian Shah dan Andra Anrashah.

Sumber: Gempak

“Buang Yang Keruh…” – Dibaling Telur, Tomok Maafkan Peminat Sabotaj Persembahan New Boyz 20 Tahun Lalu

Penyanyi, Tomok memaafkan seorang peminat bernama Kamarul Ariffin Nor Sadan yang pernah membaling telur kepada kumpulan New Boyz kira-kira 20 tahun lalu.

Menerusi perkongsian Tomok di akaun Instagramnya, peminat berkenaan telah membuat permohonan maaf dan mengakui kesilapannya.

Kamarul memberitahu tujuan dia dan rakan-rakannya sengaja membaling telur kepada Newboys untuk tujuan mensabotaj persembahan mereka.

“Okay, aku ada pengakuan nak buat pada Tomok dan New Boyz. Sekitar tahun 1999-2002 (tak berapa ingat), New Boyz ada buat persembahan di Plaza Kota Tinggi.

“Aku dan beberapa orang rakan telah melakukan onar dengan niat sabotaj. Kami baling telur. Sejujurnya, aku pun tak ada justifikasi yang kukuh untuk sabotaj kalian.

“Lebih kepada tindakan mengikut jiwa muda yang gemar memberontak, mungkin juga kerana dicabar.

“Malah senyap-senyap aku layan juga lagu-lagu New Boyz. Ketika New Boyz mula dikenali, ERA (Malaysia) pun baru mula. Kalau keluar lagu New Boyz di ERA.fm, aku nyanyi dalam hati, siap hafal.

“Kalau nyanyi kuat-kuat nanti kena cop jiwang pula. Entah apa yang malu jika orang tahu kita ni jiwang? Aku pun tak tahu. Bua tapa kita malu dengan diri sendiri kan?

“Maka bersaksikan 200,000 followers aku ni, aku dengan renddah diri dan ikhlas, nak mohon maaf pada kalian. Aku tahu, 20 tahun tu lama, lebih baik lambat daripada tidak langsung.

“Kalau ada konsert reunion boleh jemput saya. Pada waktu itu saya akan relakan diri dibaling telur oleh setiap anggota New Boyz. Kamarul Ariffin Nor Sadan, minat dalam senyap” tulisnya.

Bagaimanapun, Tomok yang terharu dengan pengakuan ikhlas itu telah pun memaafkan peminat tersebut.

“Bunag yang keruh, ambil yang jernih… Kita hanya manusia biasa tak lari dari buat kesilapan. Saya maafkan awak bro,” coretnya.

Terdahulu, New Boyz mula bertapak dalam Industri Muzik Tanah Air pada tahun 1999 dengan album pertama melalui hitz singlenya Sejarah Mungkin Berulang.

Bukan itu sahaja,mereka juga turut tercalon dalam Anugerah Bintang Popular Berita Harian bagi kategori Kumpulan Paling Popular pada tahun 2001.

Foto: Instagram @tomokofficial

Sumber: Gempak

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: BOBO Dimana, BOBO BOBO Dimana!