‘EGGB0Y’ C0NN0LY Ditawar Ferrari Oleh Jutawan Dubai Dan Percutian Mewah 10 Hari di Turki

Please follow and like us:
0

Hanya dengan sebiji Tel0r seorang senator dih1ina dan dicemvh oleh dunia manakala kerana dengan sebutir tel0r juga anak muda berusia 17 tahun ini disanjung di seluruh dunia.

Keberanian seorang remaja dari Australia, W1ll C0nnolly, yang mengetuk tel0r ke kep@la Sen@tor Queensl@nd, Fr@ser Ann1ng, mendapat perhatian dan bualan di seluruh dunia.

Kenyataannya selepas dibebaskan daripada tahanan polis juga dipuji, malah ada juga pengguna laman sosial yang menawarkan percutian dan kereta mewah kepadanya.

Dalam laman Twitter selepas dibebaskan, C0nnolly berkata:

“Inilah ketikanya saya berasa sangat bangga sebagai manusia. Izinkan saya memberitahu anda semua, muslim bukan pengg@nas dan ter0r1sme tidak ada agama.

Semua orang yang menganggap muslim sebagai komuniti pengg@nas memiliki otak yang kosong seperti Ann1ng.”

Dijuluki sebagai ‘EGGB0Y’ selepas bertindak demikian, C0nnolly berkata, tindakannya mengetuk kep@la Ann1ng dengan tel0r itu sebagai membantah sikap senator berkenaan yang menyalahkan umat Islam dalam tr@gedi di dua masjid di Chr1stchurch, NZ, Jumaat lalu.

Ann1ng sebelum ini meny@lahkan masyarakat muslim yang did@kwa menjadi punca kepada ser@ngan seorang pengg@nas kelahiran Australia yang menyebabkan 50 jemaah masjid terbunvh Jumaat lalu.

Dalam video yang tular di media massa, remaja lelaki itu berjalan dari arah belakang ketika Ann1ng bercakap kepada pemberita, sebelum mengetuk kep@la senator itu dengan sebiji tel0r.

Susulan itu, C0nnolly mendapat pujian kerana keberanian dan komen yang diberikan, sehingga seorang profesor dari Turki menjemputnya melawat negara itu.

“Kepada eggb0y. Saya adalah seorang profesor di Turki. Kami sangat menghargai apa yang anda lakukan. Saya akan membayar tiket (penerbangan), dan 10 hari tinggal di hotel lima bintang (di mana sahaja yang anda mahu). Jadilah tetamu kami di Turki,” tulis Profesor Caner Taslaman di akaun Twitternya.

Seorang pengguna lain, Dean Omeara pula menawarkan sebuah Ferrari jika dia datang ke Dubai.

Sumber; www.ismaweb.net & Fansub Islam via KakiTular & Musicfeeds

Salahkan Imigran Muslim Jadi Punca Serangan Di Christchurch, Senator Dibaling Telur Sewaktu Temubual

“Penyebab utama pertumpahan darah di New Zealand hari ini adalah daripada polisi imigrasi yang membenarkan fanatik-fanatik Islam masuk ke negara itu.”

Demikian kenyataan yang dibuat-tanpa-berfikir-panjang Senator Queensland, Fraser Anning semalam — sehingga mengundang kecaman dan kritikan masyarakat antarabangsa.

Ia dianggap kontroversi dan berbaur perkauman, kerana Anning hanya mahu Australia menerima imigran atau pendatang dari kalangan penganut Kristian Eropah sahaja — manakala imigran Muslim, dilarang sama sekali untuk masuk ke negara itu.

Anning, are you okay? Are you okay, Anning?

Hari ini, sejarah baru tercipta buat Anning.

Ketika ditemuramah sekumpulan wartawan di Melbourne, seorang remaja lelaki yang berdiri di belakangnya bertindak membaling telur ke atas kepala Anning — sambil merakam perbuatan tersebut dengan telefon bimbitnya.

Namun Anning yang terkejut dengan perbuatan itu, menampar dan menyerang remaja terbabit sebelum dia dibawa pergi oleh pengawal keselamatan.

Salah satu pukulan tersebut, terkena kepala remaja belasan tahun itu.

Identiti remaja berani itu bagaimanapun tidak didedahkan, dan difahamkan dia telah pun dibebaskan dari tahanan pihak berkuasa.

Rata-rata netizen yang berkongsi sentimen kebencian terhadap senator itu, memuji tindakan berani remaja terbabit yang kini diberi jolokan sebagai the#eggboy.

Begitu rancak dan hebohnya insiden balingan telur ni di dunia maya, sehingga ada pengguna media sosial yang mencetuskan idea mahu membeli lebih banyak telur untuk diberikan kepada remaja tersebut!

Tak kurang juga, ada yang bersedia mahu membiayai pendakwaan eggboyni kalau dia disabitkan di mahkamah.

Tenang semua, tunjuk peribadi mulia

Kami sebenarnya bukan nak condone tindakan baling telur terhadap Anning ni, tapi kenyataan yang dibuat beliau memang mengundang kemarahan orang ramai.

Dalam waktu-waktu tegang macam ni, adalah baiknya kita semua tunjukkan peribadi sebenar yang sepatutnya dipraktikkan dalam Islam.

Pada waktu dan ketika ini, seluruh dunia memberi perhatian terhadap umat Islam — yang bukan sahaja menjadi mangsa tembakan melulu manusia hilang arah, malah turut menjadi sasaran diskriminasi serta pelbagai pra-sangka anti Islam lainnya yang semuanya didasari satu penyakit utama manusia iaitu hasad benci.

Bukan hasad dengki ye, tapi hasad benci.

Janganlah kita membalas kebencian, dengan kebencian — kerana ia hanya akan menimbulkan lebih banyak kebencian yang tak sudah-sudah.

Faham ke?

Sumber: LobakMerah

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: BOBO Dimana, BOBO BOBO Dimana!