“Selama Ini Saya Sorokkan Identiti Anak Perempuan Saya” – Dikưƫưk Seperti Bap*k, Jasmin Hamid Mahu Ambil Tindakan Undang-Undang!

Please follow and like us:
0

Pelakon Jasmin Hamid bertegas akan mengambil tindakan undang-undang terhadap mana-mana pihak yang terus membuli anak perempuannya dengan panggilan tidak sepatutnya di media sosial.

Jelas Jasmin, hatinya terguris apabila membaca kata-kata berbaur hinaan terhadap anak perempuannya itu.

“Lepas ini saya akan ambil tindakan undang-undang! Kali ini saya bangkit, hati-hati bully cyber! Too much.

“Saya tak menyangka topik pasal anak perempuan saya jadi perbualan di media sosial.

“Saya sebagai seorang ibu pastinya akan terguris bila anak yang tak berdosa berulang kali dihina oleh manusia yang berhati hitam.

“Apatah lagi anak yang dihina itu adalah seorang anak yatim. Pastinya saya akan bangkit dan membela nasib anak yatim ini,” tulisnya menerusi entri terbaharu di Instagram.

Jasmin akui selama ini dia menyembunyikan identiti sebenar anak perempuannya itu yang dijaga sejak berusia empat tahun.

“Selama ini saya sorokkan identiti sebenar anak perempuan saya ini kerana saya sudah anggap dia sebagai anak saya sendiri dunia dan akhirat walaupun saya tidak melahirkan dia.

“Saya jaga dia seawal umur dia 4 tahun. Jika kamu tahu sejarah hidup zaman kanak-kanaknya, pasti kamu akan menangis

“Walaupun sebelum ini ada yang mempertikaikan tentang saya dan anak perempuan saya.. Saya masih berdiam kerana tiada unsur-unsur mencela. Dia adalah amanah Allah kepada keluarga saya,” tambahnya.

Tular sebelum ini apabila Jasmin memuat naik keluhan hatinya terhadap individu yang mengejek anaknya dengan panggilan ‘bapok’.

Lebih menyedihkan apabila individu yang sering melemparkan kata-kata sedemikian terdiri daripada wanita berhijab.

“Jika masih ada yang berkelakuan begini dan tak belajar lagi dari kesilapan orang lain, saya akan ambil tindakan undang-undang! Jangan jadi orang yang muflis di akhirat kelak,” tegasnya.

Sumber: Gempak

Anak Dikutuk Seperti Bapok, Ini Kenyataan Jasmin Hamid

Pelakon jelita, Jasmin Hamid meluahkan kekesalannya terhadap seorang individu yang mengejek anak perempuannya menerusi ruangan komen di Instagram (IG).

Individu itu mengejek anak perempuan Jasmin kelihatan seperti seorang bapok.

Perkara itu dikongsi Jasmin menerusi entri di akaun IGnya hari ini.

“Kesian pada pemilik akaun ini kerana penampilannya tidak selari dengan akhlaknya, amat keji akhlaknya!

“Hanya menutup rambutnya tetapi terlupa untuk menutup hati dan imannya.

“Mungkin paras rupa kamu jauh lebih cantik dari anak perempuan saya yang macam bapok bak kata kamu, tapi hati kamu jauh lebih busuk.

“Jika Allah buka aib kamu, sudah pasti tidak ada sesiapa yang akan dekat dengan kamu,” tulis Jasmin sebagai kapsyen.

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen meminta Jasmin untuk bersabar dan tidak mempedulikan individu terbabit.

Jasmin mulai aktif di industri hiburan Malaysia pada tahun 1990 dan berjaya mengekalkan popularitinya sehingga kini menerusi bidang lakonan.

Sumber: Gempak

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: BOBO Dimana, BOBO BOBO Dimana!