Shakilla Koriri Selamat Lahirkan Bayi Perempuan, Bakal Tunjuk Gambar Bayi Tak Lama Lagi

Please follow and like us:
0

Pelakon Shakilla Koriri selamat melahirkan bayi perempuan secara pembedahan pada jam 11.30 pagi tadi.

Berita itu dikongsikan sendiri oleh suaminya, Fizi Ali kepada Astro Gempak.

Menurut Fizi, dia bersyukur dengan kehadiran cahaya mata sulung itu dan bakal mendedahkan wajah puteri mereka dalam masa terdekat.

“Alhamdulilah, terima kasih kepada semua yang mendoakan yang terbaik buat Killa dan sabar.

“Insya-Allah dalam masa terdekat akan tunjuk wajah bayi. Tapi awal-awal ni kita simpan dulu. Biar betul-betul buat kejutan,” katanya.

Fizi memberitahu dia kini memikul tanggungjawab yang besar sebagai seorang bapa, lebih-lebih ;agi membesarkan seorang anak perempuan.

“Terima kasih banyak kepada semua yang memberi sokongan. Bila dah jadi bapa ni saya fikir tanggungjawab lebih besar.

“Lagi-lagi orang cakap dapat anak perempuan ini, tanggungawajabnya lain sedikit. Harap dapat doakan yang terbaik untuk kami,” katanya lagi.

Fizi mendiri rumah tangga bersama Shakilla pada 18 Februari 2018.

Sumber: Gempak

“Jangan Risau, Tak Ketat Dan Baby…”- Jawapan Shakilla Koriri Selepas Ditegur Berbaju Sendat Ketika Hamil

Sekeping foto Shakilla Koriri memakai gaun hamil yang menampakkan bentuk perutnya itu telah dikecam netizen.

Rata-rata di akaun Instagram (IG) miliknya menyifatkan gaun yang dipakai Shakilla itu terlalu sendat dan tidak sopan.

Malah ada juga netizen yang bimbang keselamatan bayi di dalam perutnya apabila Shakilla berpakaian ketat.

Namun, isteri kepada penyampai radio Fizi Ali itu sudah pun menjelaskan baju tersebut sebenarnya tidak ketat serta membahayakan seperti yang disangka.

“Jangan risau, tak ketat and baby tak lepas dalam tu. Selesa TERUK !! Okay boleh bawa jogging,” tulisnya.

Shakilla kongsi perkara tersebut di akaun IGnya.

Shakilla mendiri rumah tangga bersama Fizi pada 18 Februari 2018.

Sumber: Gempak

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: BOBO Dimana, BOBO BOBO Dimana!