“Habis Movie Je Lampu Buka Rupa-Rupanya The Whole Cinema My Husband …” – Eina Azman Terima Kejutan Sempena Hari Lahir Dari Suami

Please follow and like us:
0

Pelakon Datin Eina Azman telah menyambut ulang tahun kelahirannya yang ke-24 semalam.

Perkara itu dikongsi Eina menerusi beberapa keping foto yang dikongsi di akaun Instagram (IG)nya.

Eina telah menerima kejutan di sebuah pawagam yang disewa khas oleh suaminya, Datuk Paduka Kaiser Gurmeet Abdullah.

“My happiness. Thanks sayang because buat surprise yang betul-betul menjadi.

“I balik from gym dengan peluh-peluh like crazy you paksa I pergi gsc nak tengok “Marvel” even I kurang minat movie macam tu.

“Isteri yang baik kena lah dengar kata kan, so ikut dalam rasa penat.

“I penat so I end up tidur dalam movie tu, and marvel tu yang tengok I tidur.

“Habis movie je lampu buka rupa-rupanya the whole cinema my husband dah booking and all my beloved friend and family ada..And me so happy!

“Even though I smell like +*^%* thanks a lot sayang sbb always cuba happy kan I.

“I love you and the kids so much @datopadukakaiser @aubreykarl,” tulisnya di ruangan kapsyen.

Menjengah di ruangan komen, rata-rata peminat Eina menulis ucapan hari jadi dan mendoakan kesejahteraan buatnya.

Pasangan ini mendirikan rumah tangga pada 31 Ogos 2014.

Hasil perkahwinan itu mereka dikurniakan sepasang kembar comel, Arianna Aubrey dan Karl Kareef yang kini berusia tiga tahun.

Sumber: Gempak

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: BOBO Dimana, BOBO BOBO Dimana!