Jom Kenal Alif Dengan Lebih Mendalam!

Please follow and like us:
0

Saudara, setiap manusia pasti akan melakukan kesilapan. Tapi kalau ulangi kesilapan yang sama, memang patut lah kena marah. Tapi, janganlah silap dalam mengenali si Alif.

Alif yang bertemu dengan perempuan tu Alif Aziz.

Alif yang bertemu dalam Solat Jumaat tu Alif Satar.

Alif yang bertemu dengan Sajat tu Alif Syukri.

Alif bertemu dengan dua baris tu Alif Tanwin, (اً)fathatan (اٍ)kasratan (اُُ)dhammatan.

Alif fathatan yang bertemu dengan waqaf tu Mad Iwadh (•اً).

Alif yang bertemu dengan mati yang mendatang dipanggil Mad Aridh Li Sukun.

Alif yang bertemu dengan Hamzah dalam satu kalimat tu Mad Wajib Muttasil. (آء)

Alif yang bertemu dengan Hamzah dalam dua kalimat tu Mad Jaiz Munfasil. (آ ــ ء)

Alif mati yang bertemu baris atas sebelumnya tu Mad Asli. (ــَـ ا)

Alif yang bertemu Lam di belakang tu Lam Alif (لا)

Alif yang bertemu Lam di depan tu sama ada Alif Lam Syamsiyah (الّ) atau Alif Lam Qamariah (ال).

Alif yang bertemu dengan kepala Sad (ص) tu Hamzah Wasal (اٌ).

Alif yang bertemu Sifr (اْ) tu dua harkat jika diwaqafkan dan satu harkat jika diwasalkan.

Alif kecil (مٰلِكِ)yang bertemu di atas mana-mana huruf tu Alif Hazaf.

Alif yang bertemu dengan kepala ‘Ain (ع) tu Hamzah Qatha’ (أ) (إ)

Alif yang bertemu Lam dan Mim dalam al-Baqarah (الٓمٓ) tu Alif Muqata’at.

Alif yang berbentuk seperti Ya tanpa titik (ى) itu Alif Maqsurah.

Kita selalu sangat mengenal artis. Sekali sekala marilah mengenal Tajwid. Tak gitu?

Sumber: Patriot

“Sama-Sama Pergi Club, Menari-Menari Peluk & Mabuk” – Bella Astillah Tunjuk Bukti Aliff Aziz Curang Dengan Oktovia Manrose?

Isteri kepada penyanyi dan pelakon Aliff Aziz, Bella Astillah menunjukkan bukti suaminya sedang berlaku curang dengan pelakon Oktovia Manrose.

Bella mendedahkan perkara terbabit di laman Instagram miliknya.

Menerusi entri terbaru itu, Bella turut mendedahkan bukti perbualan di ruangan Direct Message Instagram.

Seorang individu memberikan bukti video dan mendakwa Aliff dan Oktovia sedang berada di sebuah kelab malam yang terletak di Changkat, Bukit Bintang.

“Assalammualaikum, AND IT HAPPENED AGAIN.

“Sejak kes yang dulu, saya berikan peluang pada dia sebab setiap manusia buat kesilapan dan sebab saya pandang anak saya.

“But what I’ve been through korang takkan boleh imagine. Selepas Aliff habis shoot telemovie baru-baru ni dia buat hal lagi dengan heroin yang bekerja dgn dia dlm tele tu.

“Dua hari sebelum habis shoot, dia dah start berkelakuan lain di mana dia dah tukar password phone dan bila saya paksa buka phone, dia buka tapi dia pandai dia dah delete WhatsApp dia dengan heroin tu.

“Saya cakap dengan dia I’m not a kid kalau tak ada apa apa kenapa perlu delete? So saya nakkan kepastian saya call heroin tersebut jawapan dia kepada saya “Ya Allah, Bella takde apapa pun, kenapa Aliff buat hal lagi ke? Boleh tak bagi Via jumpa dia Via nak cakap dgn dia ‘BACK TO ALLAH’

“Rupanya orang yang nasihat dan comfort saya ni orang yang sama-sama pergi club dengan Aliff, menari-menari peluk dan mabuk sama-sama.

“Saya bila solat saya minta Allah beri petunjuk tentang rumahtangga saya, tak sangka doa saya dijawab dengan begitu cepat. Sangat cepat. Saya terkejut.

“Terima kasih kepada insan yang DM saya kalau tak, saya ni takkan tahu apa-apa hanya dgn Ayden je kat rumah.

“Ingat, hiburan dunia ni hanya sementara. Kepada Aliff; kalau awak rasa bahagia dgn kehidupan mcm tu dan dah jumpa pasangan terbaik yang awak rasa serasi boleh pergi club sama-sama yang boleh jaga makan minum pakai awak, teruskan,” tulis Bella panjang lebar.

Sebelum ini, Aliff pernah terkait dengan kontroversi bersama aktres Afifah Nasir pada Julai 2017.

Aliff mendirikan rumah tangga dengan Bella pada 9 September 2016 dan dikurniakan seorang anak lelaki, Ayden Adrean.

Sumber: Gempak

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: BOBO Dimana, BOBO BOBO Dimana!