“Masya-Allah Kecomelan Apakah Ini!” – Erra Fazira Terima Ucapan Hari Jadi Dari Aaisyah Dhia Rana!

Please follow and like us:
1

Selebriti popular, Erra Fazira menyambut hari jadinya yang ke-45 Sabtu lalu.

Erra telah menerima banyak ucapan dari peminatnya, tidak ketinggalan anak perempuan kepada aktres Rozita Che Wan iatu Aaisyah Dhia Rana yang membuat ucapan menerusi sebuah video di akaun Instagramnya (IG).

“Assalamualaikum Erra Fazira, happy birthday to you!” kata Aaisyah dalam video terbabit.

Erra telah berkongsi semula (repost) video itu di entri IGnya dan mengucapkan terima kasih kepada kanak-kanak comel itu.

“Waalaikumussalam sayang, Aisyah Dhia Rana.

“Masya-Allah kecomelan apakah ini, terima kasih sayang, you really make my day,” tulis Erra sebagai kapsyen.

Menjengah di ruangan komen, rata-rata pengikut Erra mengucapkan selamat hari jadi kepadanya dan memuji kecomelan Aaisyah.

Erra mulai aktif di industri hiburan tempatan pada tahun 1992 dan berjaya mengekalkan popularitinya sehingga kini.

Sumber: Gempak

“Walaupun Ramai Yang Kecam, Tapi…”- Ini Alasan Che Ta Mengapa Buat Birthday Aaisyah Tema ‘Mermaid’

“Walaupun Ramai Yang Kecam, Tapi...”- Ini Alasan Che Ta Mengapa Buat Birthday Aaisyah Tema ‘Mermaid’

h mempedulikan apa jua kecaman dan mempunyai alasannya tersendiri.

Menurut Che Ta tema hari jadi itu diminta sendiri oleh Aaisyah dan puterinya itu gembira serta berpuas hati dengan sambutan hari jadinya.

“Budak kecik (Aaisyah) ni la yang request nak celebrate birthday dia tema mermaid la.. nak p Tokyo Disneyland la … kerana kasih ku turutkan ..

“Walaupun ramai yang kecam .. tapi tak apalah, Aaisyah happy giler Birthday party dia hari tu ..hari-hari dia ckp , thank u mummy,buat birthday Aaisyah, Aaisyah happy sangat..

“Tak kisah lah orang nak cakap apa , janji anak kita happy kan wak .. dan tak sangka budak kecik ni appreciate sangat apa yg kita buat utk depa..

“Yang dok mengecam tu mesti dulu-dulu mak bapak depa tak pernah buat birthday party… tambah-tambah dulu mana ada tema-tema,” tulisnya.

Che Ta meluahkan rasanya itu di akaun Instagram (IG) miliknya.

Aktress itu turut memuat naik fotonya bersama keluarga yang kini sedang bercuti di Tokyo, Jepun.

Rata-rata pengikut IGnya juga turut bersetuju dengan pendapat Che Ta.

Sumber: Gempak

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: BOBO Dimana, BOBO BOBO Dimana!