“Harap Malam Ni Tak Kena Tãngkãp Bãsãh…”- Kenapa Pula Tu Shakilla Khoriri?

Please follow and like us:
0

Pelakon Shakilla Khoriri akui hingga kini dia dan suami Fizi Ali belum memiliki sijil nikah.

Semuanya gara-gara kerana belum mengambil sijil tersebut dari pejabat agama.

Namun, Shakilla sempat berseloroh agar mereka tidak ditangkap basah oleh pihak pencegah maksiat.

“Baru teringat sijil nikah tak ambil lagi. Harap malam ni tak kena tangkap basah.

“Fizi Ali,  jangan  bagitahu kita kat Melaka tau,” tulisnya

Kongsi Shakilla menerusi akaun Instagram miliknya.

Bagaimanapun rata-rata pengikutnya mengingatkan agar pasangan itu segera menguruskan sijil nikah mereka kerana bimbang timbul masalah kelak bila tiba waktu hendak bersalin.

Namun Shakilla membalas komen tersebut dengan memberitahu dia akan segera menguruskannya hari ini.


Shakilla mendiri rumah tangga bersama Fizi pada 18 Februari 2018.

Sumber: Gempak

“Kalau Boleh Biar La Sakit Mengandung Tu Suami Yang Tanggung…”- Fizi Ali

Penyampai radio Suria FM, Fizi Ali akui tidak sanggup melihat kesakitan yang perlu ditanggung isterinya, Shakilla Koriri yang kini  sedang hamil.

Menurut Fizi, jika boleh dia mahu segala kesakitan itu biarlah ditanggungnya.

“Kalau boleh biar la sakit orang mengandung tu suami yang tanggung..tak sampai hati tengok bila isteri kita muntah2,batuk,sesak nafas..lagi2 masa dia mengandung..,” tulisnya.

Fizi berkongsi perkara tersebut di akaun Instagram miliknya.

Menerusi entri tersebut, dia memuat naik foto Shakilla yang sedang mengambil gas nebulizer di percayai di sebuah klinik.

Tambah Fizi lagi, dia berharap para suami yang lain terus melayan kerenah isteri yang hamil biarpun permintaannya tidak masuk akal.

“Harap para suami layankan je apa yang isteri nak bila mengandung tu..walaupun tak masuk akal..ikutkan je..korang bg semangat dekat shakillakhoriri ..kesian dia,” katanya lagi.

Rata-rata pengikutnya mendoakan agar Shakilla segera sembuh dan proses kehamilannya dipermudahkan.

Fizi mendirikan rumah tangga bersama Shakilla pada 18 Februari 2018.

Sumber: Gempak

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: BOBO Dimana, BOBO BOBO Dimana!