“Dia nak try makãn bãb! sebab BTS makan” – Abang Buntu Nak Hadãp Perangai Adik Perempuan Terlampau Obses Kumpulan Kpop BTS

Please follow and like us:
1

Seperti yang semua orang tahu, kumpulan kpop seperti BTS memang sangat terkenal dan mempunyai peminat hampir di seluruh dunia. Ini termasuklah kat Malaysia yang mana gadis-gadis remaja kat sini siap ada buat fanclub tersendiri dan gelarkan diri mereka sebagai ‘army’.

Walau bagaimanapun, nak minat tu pastikanlah korang berpada-pada dan jangan sampai jadi seperti kisah yang admin nak ceritakan ni. Menerusi perkongsian tweetfamous Anep atau @brgsjksseorang anonymous telah memuat naik kisah adik perempuannya yang dikatakan terlalu obses dengan kumpulan BTS. 

Sumber: Billboard

“Adik bongsu aku minat gila kat BTS. Knowledge dia pasal BTS gempak si*l” 

Menurut anonymous tersebut, adik bongsu yang dipanggil Fa ni terlalu obses dengan kumpulan BTS. Pengetahuan adiknya tentang BTS ni pun amazing gila. Daripada kisah keluarga BTS, sampailah apa yang BTS makan malam tadi. Semua dia tau weh! Gila dahsyat!

Tapi ada jugak part obses adik dia dengan BTS ni sampai bawa kemudaratan bukan je kat diri sendiri tapi kat orang lain jugak…

Sumber: Twitter

“Pernah sekali aku tidur bilik dia… malam tu aku dengar dia tengah cakap sorang-sorang. Bila aku tengok dia tengah cakap dengan bantal BTS” 

Lebih parah, tahap kemaruknya adik anonymous ni pada BTS sampaikan dia bercakap sorang-sorang dalam Bahasa Korea dengan bantal BTS. Naik pening si anon ni tengok adik dia.

Sumber: Twitter

“Dia pernah cakap dia nak try makan babi sebab BTS makan??? Mana iman kau dekkkk…” 

Isu ni tak stop kat situ saja. Adiknya dah tahap parah sampai mengaku sanggup nak try makan khinzir gara-gara kumpulan BTS ni makan makanan tersebut.Astaghfirullah… 

Sumber: Twitter

Sebaik saja perkongsian ni viral kat Twitter, rata-rata netizen dengan pantas memberikan pandangan masing-masing mengenai hal tersebut.

“That girl needs a boyfriend. Dia kesunyian… Lepas ada boyfriend, terus stop minat kpop” 

Sumber: Twitter

“Jangan biar adik kau duk sorang-sorang selalu, perhatikan dia elok-elok. Ibu bapa patut duduk bersembang dengannya” 

Sumber: Twitter

“Tolonglah nak minat pun berpada-pada. BTS ajar army untuk sayang diri sendiri dan bukannya hidup kerana dorang”

Sumber: Twitter

Admin sebenarnya kesian pulak dengan keadaan adik anonymous ni. Rasanya dia lonely dan perlukan bantuan dan perhatian tu. Kalau dia masih obses tahap menggila macam tu kepada kumpulan tersebut, eloklah bawa adik ini berjumpa dengan pakar.

Dalam hidup ini, kita kena ada limit juga dalam meminati sesuatu. Tak salah suka artis kpop tapi jangan terover sangat. Takut kalau terlebih obses, boleh makan diri.

Sumber: LobakMerah

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: BOBO Dimana, BOBO BOBO Dimana!