Saya Berhak Untuk Cari Kebahagiaan Diri Sendiri! Wow.. At Last Emma Maembong Tewas, Kini Sah Tidak Bertudung Lagi..

Please follow and like us:
0

Dalam satu temubual pertama bersama media selepas mengumumkan yang beliau kini sudah tidak bertudung, Emma Maembongmemberikan reaksi pertama beliau terhadap apa yang sedang hangat diperkatakan oleh orang ramai ketika ini.

Emma Maembong berkata beliau tidak mahu menyalahkan mana mana pihak atas keputusan untuk tidak bertudung ini namun berkali kali mengatakan yang komen dari orang ramai menyukarkan dirinya untuk terus istiqamah.

“Kadang kadang kita sebagai manusia bila mana kita berada di bawah (lowest point), lagi orang doakan benda buruk terjadi pada kita — memang yang buruklah terjadi pada kita”

“Kalau orang lebih positif dan doakan yang baik baik mungkin saya akan teruskan (bertudung) tapi saya bukan nak salahkan mana mana pihak,” ujar Emma Maembong.

“Nak ambil hati dan jaga hati semua orang tidak boleh jadi saya buat keputusan untuk diri saya sendiri,” tambahnya lagi.

Tonton temubual penuh bersama Berita Harian dalam video di atas dan semoga Emma Maembong gembira dengan keputusan yang dibuat dan tidak perlu lagi berselindung untuk mencari kebahagian diri sendiri.

Emma Maembong sahkan tidak lagi bertudung

Minggu lalu tular gambarnya tidak bertudung dan tampil membuat permohonan maaf di atas kelalaiannya itu. Bagaimanapun hari ini Emma Maembong mengesahkan dirinya tidak lagi bertudung selepas lima tahun berhijab.

Memetik laporan BH Online, Emma memberitahu dirinya tidak lagi bertudung sejak tiga hari lalu dan mengakui tindakannya itu bukanlah contoh yang baik. Katanya, apa yang dilakukannya itu tiada kaitan dengan kontroversi terpalit dirinya baru-baru ini.

Ujarnya lagi, bukan mudah untuk istiqamah dalam bertudung dan bersedia menerima kecaman netizen di atas keputusannya itu.

“Apa juga alasannya, saya mengaku khilaf ini datang daripada diri sendiri. Soal dosa dan pahala itu biarlah antara diri ini dengan Tuhan. Selepas ini, saya harus telan segala kecaman dengan lapang dada.

“Untuk kita istiqamah dalam bertudung bukan perkara mudah. Pasti ada ujian yang menjelma. Jika tidak betul-betul bersedia, pasti terumbang-ambing juga iman diri. Ia (tindakan membuka tudung) bukan contoh yang baik dan jangan ikut saya.

“Cuma dalam tempoh bertudung itu, bukan saya tidak mencuba untuk membulatkan hati. Namun, saat saya tewas dan perkara itu tular. Hukuman bertalu-talu datang, tetapi saya terima dengan hati terbuka,” katanya kepada BH Online.

Dalam pada itu, Emma memberitahu keluarganya juga agak berat untuk menerima keputusannya itu namun mereka berharap agar dia akan kembali untuk istiqamah.

“Cuma, mereka akur dan tahu apa yang saya lalui selama ini. Mereka lihat dengan mata sendiri segala episod jatuh bangun dan ‘sakit’ saya menjadi anak seni.

“Mereka bukanlah menggalakkan saya tidak bertudung, tetapi dalam masa sama, berharap supaya suatu hari nanti saya akan kembali istiqamah,” katanya.

(rtky/m)

Kredit: GengJoyah

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: BOBO Dimana, BOBO BOBO Dimana!