4 Gambar : Inilah Identiti Pemandu Vios Yang Menyebabkan Kereta Lain Terjunam Ke Dalam Laut

Please follow and like us:
0

GEORGETOWN – Seorang lelaki telah membuat laporan polis selepas anak lelakinya berusia 20 tahun tidak pulang sejak malam tadi.

Ketua Polis Daerah Seberang Perai Tengah (SPT), Asisten Komisioner Nik Ros Azhan Nik Ab Hamid berkata, lelaki tersebut hadir di Ibu Pejabat Polis SPT petang tadi bagi membuat laporan berkenaan anak lelakinya itu.

Menurutnya, lelaki terbabit membuat laporan pada jam 5 petang tadi selepas menerima maklumat dari rakan anaknya itu bahawa mangsa disyaki terlibat dalam kemalangan di Jambatan Pulau Pinang.

“Bapa kepada mangsa diberitahu oleh rakan anaknya bahawa kereta yang dipandu anaknya iaitu jenis Mazda CX5 berwarna putih telah terlibat kemalangan dan terjatuh ke dalam laut.

“Mangsa dikenali sebagai Moey Yun Peng adalah pelajar sebuah kolej swasta dan tinggal di Taman Kempas, Butterworth,” katanya ketika dihubungi tadi.

Menurutnya, sehingga kini, tiga saksi bebas dan dua rakan mangsa telah tampil membantu siasatan.

“Kesemua saksi telah dirakam percakapan mereka dan dua rakan mangsa mengaku mangsa terlibat dalam kemalangan tersebut. Menurut mereka, mangsa dalam perjalanan pulang dari menyambut hari lahir rakan mereka di Georgetown.

“Sementara itu, seorang saksi bebas yang nampak kejadian telah memberikan kerjasama dan berkongsi video ‘dash cam’ kereta miliknya kepada polis,” katanya.

Beliau berkata, kes diklasifikasikan mengikut Seksyen 42(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 dan siasatan masih dijalankan.

GAMBAR PEMANDU VIOS TULAR DI MEDIA SOSIAL

disebabkan kejadian tersebut netizen kongsikan beberapa gambar dan link facebook pemandu vios berkenaan di semua group di facebook

Image may contain: 1 person, sitting and sunglasses

wajah pemandu vios

Image may contain: 1 person, selfie and closeup

wajah pemandu vios

Image may contain: 1 person, standing and outdoor

wajah pemandu vios

Image may contain: 1 person, text

NETIZEN KONGSIKAN DALAM BEBERPA GROUP DAN PEMANDU VIOS MENERIMA KECAMAN

Link facebook lelaki berkenaan https://www.facebook.com/vitiswaran

Sumber: Dnews

Polis kenal pasti pemandu kenderaan terjunam ke dalam laut

Polis kenal pasti pemandu kenderaan terjunam ke dalam laut

SEBERANG PERAI: Polis telah mengenal pasti identiti pemandu kereta yang terjatuh ke dalam laut selepas terlibat dalam kemalangan di Kilometer 4.0 Jambatan Pulau Pinang pada Ahad.

Menurut polis, mangsa telah dikenal pasti sebagai Moey Yun Peng, 20 tahun, seorang pelajar kolej swasta.

Ketua Polis Daerah Seberang Perai Tengah (SPT) ACP Nik Ros Azhan Nik Abdul Hamid berkata pengesahan dibuat oleh pemillik kereta yang juga bapa kepada pemandu kenderaan jenis SUV Mazda CX-5 itu selepas tampil membuat laporan polis pada jam 5 petang Ahad.

Lelaki berusia 63 tahun itu membuat laporan polis selepas anak lelakinya yang memandu kereta jenis sama tidak pulang ke rumah mereka di Butterworth.

Berdasarkan maklumat dari rakan anaknya, kemungkinan anaknya terlibat dalam kemalangan di Jambatan Pulau Pinang sebelum terjunam ke dalam laut.

Nik Ros Azhan berkata sehingga kini pihak polis sudah merakam percakapan seramai tiga saksi bebas dan dua rakan mangsa bagi membantu siasatan berhubung kemalangan berkenaan.

Menurut rakan mangsa, mereka dalam perjalanan pulang dari menyambut hari lahir rakan mereka di George Town.

Sementara itu, seorang saksi bebas yang melihat kejadian tersebut telah memberikan kerjasama dan berkongsi video ‘dash cam’ kereta miliknya kepada polis.

Nik Ros Azhan berkata kes diklasifikasikan mengikut Seksyen 42(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 dan siasatan masih dijalankan.

Dalam kejadian kira-kira jam 2.45 pagi Ahad sebuah kereta berwarna putih terjatuh ke dalam laut selepas terlibat dengan kemalangan dengan kereta jenis Toyota Vios di Kilometer 4.0 di Jambatan Pulau Pinang.

Pemandu kereta Toyota Vios berusia 21 tahun  cedera dan kini dirawat di Hospital Seberang Jaya.

Sumber: AstroAwani

Bomba cari kenderaan dipercayai terjatuh ke dalam laut

Bomba cari kenderaan dipercayai terjatuh ke dalam laut

GEORGE TOWN: Sebuah kenderaan dipercayai terjatuh ke dalam laut selepas terlibat dalam kemalangan jalan raya di kilometer 4.0 Jambatan Pulau Pinang awal pagi Ahad.

Kenderaan itu dipercayai terjatuh selepas bertembung dengan sebuah kereta Toyota Vios yang dipandu seorang lelaki berusia 20-an.

Ketua Balai Jabatan Bomba dan Penyelamat Perai, Timbalan Penguasa Bomba Azlan Hassan berkata pihaknya bergegas ke lokasi kejadian dengan kekuatan dua jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat Perai dan Jalan Perak sebaik menerima panggilan jam 2.54 pagi.

Sebaik tiba di lokasi kejadian pihaknya mendapati  kereta Toyota Vios remuk dibahagian depan dan pemandunya selamat.

Namun, pihaknya dimaklumkan sebuah lagi kenderaan yang terlibat  dalam kemalangan terbabit telah jatuh ke dalam laut.

Azlan berkata pihaknya melakukan pencarian dilaut berpandukan maklumat awam yang mengatakan sebuah kenderaan telah terjatuh ke dalam laut.

“Apabila sampai, kami dapati sebuah Toyota Vios, dan menemui seorang pemandu lelaki berusia 20-an mengalami cedera ringan.

“Ikut maklumat orang awam, ada ada satu lagi kenderaan telah terjatuh ke dalam laut, dan usaha mencari sedang dilakukan,” ujar Azlan.

Azlan berkata, pencarian sehingga jam 5 pagi Ahad belum menemukan sebarang kenderaan dan usaha  mencari akan disambung semula pagi ini dengan bantuan Pasukan Penyelamat Di Air (PPDA).

Sumber: AstroAwani

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: BOBO Dimana, BOBO BOBO Dimana!