Ebby Yus Der!tã Sãk!t Buãh P!nggãng, Jãntung Lemãh

Please follow and like us:
1

KUALA LUMPUR: “Saya hanya mampu mengharapkan ehsan kawan-kawan saja,” kata pelawak popular, Ebby Yus, 55 dengan nada berseloroh selepas hilang mata pencarian dalam bidang seni akibat menderita pelbagai penyakit yang dihadapinya.

Ebby atau nama sebenarnya Muhammad Yunus Abdul Rashid mengakui keadaannya kini lemah selepas disahkan doktor mengidap penyakit buah pinggang tahap tiga hampir setahun lalu, malah keadaan penyakit lamanya iaitu jantung semakin lemah.

“Memang saya mempunyai masalah jantung sudah lama dan masih mengambil ubat yang dibekalkan doktor.

“Namun sejak enam bulan yang lalu penyakit lain pula kini datang. Doktor mengesahkan saya mengidap penyakit buah pinggang bocor dan kini sudah peringkat tiga.

“Akibat penyakit itu, jantung saya kini pula semakin lemah dan memang dia bersangkut-paut dengan masalah buang pinggang saya kata doktor.

“Tetapi saya bersyukur kerana ia masih belum di peringkat yang memerlukan saya membuat dialisis, namun doktor kata tiada ubat untuk rawatannya tetapi hanya menasihatkan saya supaya menjaga makanan,” katanya dengan nada sayu dan tersekat-sekat ketika dihubungi BH, hari ini.

Beliau yang pernah dicalonkan sebagai Top 5 kategori Artis Komedi Lelaki Popular pada Anugerah Bintang Popular BH (ABPBH) 2014, mengakui tiada lagi sumber pendapatan sejak diuji dengan dua penyakit kronik ini.

“Kali terakhir saya menerima tawaran mengacara program Meja Bulat di TV3, itupun dibuat secara rakaman tahun lalu. Pada sesi rakaman itu pun saya sudah tidak sihat, badan lemah, perut dan kaki semakin membesar disebabkan masalah buah pinggang.

“Kini saya tidak mampu bergerak jauh kerana badan terasa lemah dan lebih banyak berehat di rumah. Jika ada tawaran berlakon di luar Kuala Lumpur, saya terpaksa tolak tidak mampu bergerak jauh, tetapi jika ada tawaran rakaman di studio, Insya-Allah saya cuba gagahkan.

“Apa lagi yang boleh saya buat untuk meneruskan hidup, kalau bukan dalam bidang seni. Perniagaan restoran dengan rakan kongsi tidak lagi diteruskan kerana tidak untung, malah saya terpaksa menyerahkan kereta saya kepada orang kerana tidak mampu membayarnya lagi,” katanya yang sesekali tidak mahu mengeluh tetapi mengambilnya sebagai ujian dari Allah.

Sumber: BeritaHarian

SEBELUMNYA!

Pelawak Ebby Yus Lemah

Bagaimanapun Ebby, 52, telah dibenarkan pulang dari hospital berkenaan sejak Khamis dan kini dinasihatkan doktor untuk berehat sebelum membuat rawatan susulan di Institut Jantung Negara (IJN) dan Hospital Kuala Lumpur (HKL) pada satu tempoh yang ditetapkan.

“Ya, baru semalam saya dibenarkan keluar setelah seminggu dirawat di Hospital Selayang. Saya mengalami kesukaran bernafas dan bengkak kaki sebelah kiri sehingga rasa begitu sakit dan sukar nak berjalan sejak tiga bulan lalu.

“Selama tempoh rawatan, doktor memberitahu jantung saya sangat lemah mengepam sehingga menyukarkan proses pembuangan air di dalam badan. Saya juga turut menjalankan pemeriksaan buah pinggang,” katanya kepada mStar Online.

Bagaimanapun katanya setakat ini doktor hanya mengesahkan dia mengalami lemah jantung dan akan membuat rawatan susulan bersama pakar di HKL untuk pemeriksaan buah pinggang.

Dalam pada itu Ebby atau Muhammad Yunus Abdul Rashid berkata, pada awalnya dia tidak mahu hebahkan berita tersebut kerana enggan ia menjadi tular seperti sebelum ini.

Ebby ketika di rawat di Hospital Besar Selayang. Foto: Facebook Seniman.

Namun apabila ahli jawatankuasa Persatuan Seniman Malaysia (Seniman) iaitu Rina Tan memuatnaik status mengenai hal tersebut ke laman Facebook rasmi Seniman, barulah ada yang tahu.

“Kalau ikutkan saya tidak mahu hebahkan perkara ini sepertimana yang pernah tular sebelum ini.

“Apa-apa pun, terima kasih kepada rakan artis yang datang melawat antaranya Wan Maimunah, Eman Manan, Caca (Raja Lawak) dan Mee Raja Lawak serta beberapa lagi rakan artis maaf kalau saya terlupa nak menyebut namanya,” kata Ebby.

Tambahnya, dia kini dinasihatkan doktor agar mengawal sukatan minuman bagi mengelak masalah air berlebihan kerana jantungnya lemah untuk mengepam sebarang cecair di dalam badan.

“Sekarang saya perlu berehat, makan ubat-ubatan selain menunggu temujanji untuk rawatan susulan di IJN dan HKL mengikut tarikh yang diberi.

“Selain itu saya juga harus mengawal sukatan pengambilan air seminimum yang mungkin iaitu hanya seliter sehari,” katanya yang akan menghentikan buat sementara waktu aktiviti kerja seninya.

Sama-sama doakan agar Ebby Yus sembuh seperti sedia kala.

Sementara itu, Ebby ketika ditanya siapakah yang akan menjaganya selama tempoh berehat memandangkan dia masih bujang, dia akan berehat di rumah kakaknya di Port Dickson, Negeri Sembilan.

“Sebentar lagi saya akan ke rumah kakak saya di Port Dickson dan beristirehat di sana sementara menunggu tarikh rawatan susulan ke IJN dan HKL dalam waktu terdekat ini,” katanya.

Pada November 2015, Ebby pernah dimasukkan ke Hospital Queen Elizabeth 2, Kota Kinabalu, akibat masalah paru-paru dan jantung.

Kemudian pada 8 Febuari tahun lalu, dia sekali lagi dirawat selama seminggu di IJN atas masalah yang sama.

Sama-sama kita doakan agar kesihatan pelakon dan pelawak terkenal ini terus sembuh seperti sediakala.

Sumber: MStar

Sakit jantung, Ebby Yus masuk hospital

KUALA LUMPUR 7 Mac – Pelakon dan pelawak Ebby Yus dimasukkan ke Hospital Kuala Lumpur (HKL) selepas mengalami lemah jantung selepas menjayakan sebuah persembahan hiburan.

KEADAAN Ebby Yus stabil dan tidak terlalu serius.
Ebby, 52, atau nama sebenarnya Muhammad Yunus Abdul Rashid dimasukkan ke hospital tersebut sejak Isnin lalu dan keadaannya stabil serta tidak membimbangkan.

“Sebenarnya sejak enam bulan lalu saya sudah tidak mengambil sebarang tawaran dan kerja seni sebab badan tidak berapa sihat. Saya hanya berehat di rumah dan pergi ke hospital untuk rawatan susulan.

“Namun, Sabtu lalu saya ada terima tawaran persembahan di Pulau Pinang selepas agak lama tidak bekerja. Pulang sahaja ke Kuala Lumpur, saya berasa tidak tidak sedap badan.

“Alhamdulillah, doktor kata kesihatan saya tidak serius dan perlu menjalani rawatan susulan di Institut Jantung Negara (IJN),” katanya kepada UTUSAN ONLINE.

Terdahulu, pada Julai tahun lalu, Ebby pernah dimasukkan ke Hospital Selayang selepas menghidap lemah jantung.

Sumber – UTUSAN ONLINE

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: BOBO Dimana, BOBO BOBO Dimana!