“Ya Betul Saya Salah Dalam Semua Hal” – Isteri Tauke Jambu Mohon Maaf

Please follow and like us:
0

Isteri kepada pelawak Tauke Jambu, Nadia Mohd Affandi telah memohon maaf kepada suaminya itu di atas tindakannya berkaitan isu rumah tangga mereka baru-baru ini.

Nadia berbuat demikian menerusi kemas kini di ruangan Instagram (IG Story) miliknya buat tatapan umum.

“Here I want to say sorry to Tauke Jambu, ya betul saya yang salah dalam semua hal, dia taksalah apa, yang dia katakan itu semua betul.

“Statement yang saya silap sebelum ini gara-gara terlalu ikutkan hati baran, so you guys stop kecam dia okay, dia tak salah.

“Once again, I am so sorry Tauke Jambu,” tulisnya.

Sebelum ini, Nadia pernah mendakwa suaminya itu menjalinkan hubungan dengan orang ketiga dan mengatakan mereka sudah berpisah, namun perkara itu dinafikan sendiri oleh Tauke.

Sumber: Gempak

Tak Pernah Lafazkan Cerai, Tauke Jambu Mahu Selesai Di Mahkamah

Tak Pernah Lafazkan Cerai, Tauke Jambu Mahu Selesai Di Mahkamah

Pelawak Tauke Jambu menjelaskan dia tidak pernah melafazkan cerai kepada isterinya, Nadia Mohd Affandi seperti yang didakwa.

Menurut Tauke, apa yang berlaku adalah perselisihan faham antaranya dirinya dan isteri.

“Saya tidak pernah melafazkan cerai terhadap isteri. Macam mana saya ingin berlaku curang sedangkan Nadia mempunyai akses akaun Instagram saya.

“Perselisihan faham ini berlalu apabila ada seorang peminat melihat saya sedang makan beramai-ramai. Kebetulan, duduk di sebelah saya adalah seorang wanita.

“Nadia beranggapan wanita di sebelah saya itu adalah teman wanita saya. Agak-agak logik tak tuduhan itu?

“Ini semua adalah salah faham sahaja, tidak wujud orang ketiga seperti yang dikatakan. Apabila sedang marah, macam-macam tuduhan dilemparkan, tetapi sebagai suami, saya kena sabar.

“Saya sudah menegur Nadia supaya tidak kecoh mengenai hal ini namun perkara belum lagi diselesaikan tetapi kenyataan telah dikeluarkan.

“Kalau boleh, saya ingin menyelamatkan rumah tangga kami,” ketika dihubungi Gempak.

Tambah Tauke, Nadia adalah seorang isteri yang kuat cemburu.

“Sebelum ini, sudah beberapa kali Nadia menuduh saya berlaku curang.

“Nadia seorang yang kuat cemburu. Dia tahu tak, sekarang ini dia berkahwin dengan seorang selebriti yang akan bersosial dengan orang ramai.

“Saya anggap isteri saya belum cukup matang. Dia tidak boleh berfikir baik buruk tindakannya,” katanya lagi.

Menjawab soal dakwaan Nadia ingin membawa kes ini ke mahkamah, Tauke berkata tidak perlu dihebohkan memandangkan ini adalah hal rumah tangga.

“Tidak perlu ‘dijaja’ masalah ini kerana telah mengaibkan suami sendiri.

“Kita selesaikan masalah ini dengan cara baik di mahkamah nanti,” katanya kepada Gempak.

Tauke dan Nadia berkahwin pada 9 Disember 2017 dan mempunyai seorang cahaya mata perempuan, Zamatul Kayla Aydina pada 26 Oktober tahun lalu.

Sumber: Gempak

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: BOBO Dimana, BOBO BOBO Dimana!