(Video) ‘Mיִskin Sangat Ke Bisnes Kau Sampai Mꬴlalak Jꬴrit Serupa Bꬴrῡk Mꬰrah Staff Sampai Mꬴngganggu Orang Di Kedai Makan?’

Please follow and like us:
1

Viral di media sosial seorang wanita dengan nada suaranya yang tinggi memarahi beberapa individu di dalam kumpulannya menarik perhatian orang ramai.
Dalam insiden yang berlaku di sebuah premis makanan itu menimbulkan rasa kurang senang pelanggan lain yang datang menyekik di situ.
Menurut @jijib0nk yang memuat naik video tersebut di Twitternya berkata, mereka sudah cuba menegur wanita terbabit tetapi respon yang diberi amatlah mengecewakan.

“Kitorang dah pergi tegur tau. Lepastu diorang cakap ‘abang pergilah report balai?’, ‘awak ni siapa?’, ‘korang pergilah dari sini’, ‘apa masalahnya?’.

“Kata sembang bisnes juta-juta. Pergilah sewa seminar room!

“Marah-marah pasal bisnes di public. Bila orang tegur, dia suruh kitorang lak pergi dari sini,” kata @jijib0nk.

Rakaman video itu menarik perhatian netizen yang menganggap perbualan sekumpulan individu berkenaan adalah tidak kena pada tempatnya.”Sembang bisnes berjuta-juta tapi buat meeting kat mamak. Ada betul orang lain cakap pergi sewa bilik seminar ke apa, tapi dia bising-bising macam tu. Mana letaknya sikap profesional di eh? Tak hormat orang, marah kalau tak capai target. Gaya MLM sangat akak oi,” kata @Aditya_flexi.

“Masalahnya diorang bising dan ganggu ketenteraman orang lain dan orang rasa tak selesa. Haa! Itu masalah dia. Geram pula aku macam nak tampo tudung hijau tu,” kata @amierulmunawar.

“Cakap je, ‘bisnes kau pun nak lingkup pergi bincang bawah jambatan sana. Sini kedai nak makan, bukan nak dengar kau memekak macam anjing’,” kata @syah11rah.

Premis awam seperti restoran atau kedai makan memang sesuai untuk dijadikan sebagai tempat pertemuan beramai-ramai. Akan tetapi hendaklah menjaga tingkah laku dan pertuturan agar tidak mengganggu ketenteraman pelanggan yang lain.

Sumber: thereporter

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: BOBO Dimana, BOBO BOBO Dimana!